31.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 7, 2024

MSL: JDT gah di puncak liga

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

JUARA sembilan kali Liga Super, Johor Darul Ta’zim melebarkan rekod kemenangan musim ini kepada 11 perlawanan apabila membelasah Kuching City FC 4-0 di Stadium Negeri, Sarawak malam tadi.

Kemenangan itu meletakkan skuad Harimau Selatan itu gah di persada liga dengan 33 mata, hasil kemenangan 100 peratus dalam 11 perlawanan musim ini.

Fernando Forestieri meletakkan JDT di depan seawal minit keempat apabila bijak melepasi kawalan tiga benteng tuan rumah sebelum menyepak leret melepasi Shaiful Wazizi Mohammad.

Penyerang kelahiran Argentina itu meledak gol kedua peribadinya pada minit ke-36 selepas menyempurnakan sepakan percuma Leandro Vazquez untuk menjadikan kedudukan 2-0.

Untuk rekod, itu merupakan jaringan ke-11 Forestieri dalam 11 perlawanannya bersama skuad Harimau Selatan.

Advertisements

Minit ke-48 menyaksikan Shaiful Wazizi menepis keluar sepakan percuma Velazquez dari sebelah kanan kawasan penalti.

Gandingan Arif Aiman Hanapi dan Bergson da Silva menghadiahkan gol ketiga JDT pada minit ke-70 apabila pemain sayap kebangsaan itu menolak bola kepada penyerang dari Brazil itu sebelum diterjemahkan dengan jaringan.

Hanya tiga minit berselang, JDT terus mengganas apabila meraih gol keempat menerusi jaringan menarik dari luar kawasan penalti oleh Juan Muniz.

Tiga mata penuh yang diraih JDT membuka jurang perbezaan kepada 11 mata berbanding Selangor, Sri Pahang dan Kedah yang berada di tempat kedua hingga keempat.

Bagaimanapun, Selangor dan Sri Pahang masih beraksi kurang satu perlawanan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

MASA, IDS jalin kerjasama bidang penyelidikan, masyarakat

INSTITUT Kajian Pembangunan (Sabah) IDS dan Institut Masa Depan Malaysia (MASA), hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bertujuan menjalin...

Lagi Artikel Berkaitan