29.2 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Penagih pecut dikejar anggota URB

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SEORANG penunggang motosikal melarikan diri ketika diarahkan berhenti bagi tujuan pemeriksaan oleh anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) di Jalan Permai-Taman Sedeli, Kota Tinggi, semalam.

Ketua Polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kota Tinggi, Hussin Zamora berkata, kejadian berlaku ketika anggota URB terserempak dengan suspek yang menunggang motosikal tanpa nombor pendaftaran bahagian depan dan belakang.

Katanya, penunggang tersebut diarahkan berhenti tetapi bertindak sebaliknya apabila melarikan diri masuk ke Kampung Teluk Jeri sehingga terbabas di depan rumah di Kampung Teluk Jeri, Tanjung Sedeli.

“Anggota URB telah buat pemeriksaan ke atas tubuh badan ke atas saspek dan hasil pemeriksaan tidak menjumpai apa-apa barang salah.

“Pemeriksaan ke atas motosikal suspek melalui SPRJ dengan berpandukan butiran nombor casis dan enjin, didapati tidak mempunyai sebarang rekod jenayah,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Video kejadian kejar-mengejar berdurasi 16 saat membabitkan anggota URB dan suspek tular di Facebook semalam.

Sementara itu, beliau berkata, suspek dibawa ke balai polis kerana disyaki terlibat dalam penagihan dadah dan hasil ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Heroin.

Ujar beliau, tiga tindakan saman telah dikeluarkan ke atas suspek di bawah kesalahan topi keledar dan nombor pendaftaran.

Polis Kota Tinggi menasihati orang ramai agar sentiasa mengutamakan keselamatan diri semasa memandu kenderaan.

“Tindakan mengabaikan keselamatan sebegini ini dapat mengundang kecederaan parah sekiranya terlibat dalam kemalangan,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan