27.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Mintah ledak dua gol bantu TFC tewaskan Kuching City

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

TERENGGANU FC (TFC) beraksi cemerlang hasil dua gol penyerang import mereka, Jordan Mintah membawa kemenangan ke atas Kuching City FC (KCFC) 2-0 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, sebentar tadi.

Skuad Penyu terlebih dahulu melancarkan serangan ke kubu pelawat menerusi sepakan percuma Ivan Mamut pada minit ke-13 yang ditepis keluar penjaga gol import lawan, Julian Schwarzer.

Pada minit ke-18, TFC dihadiahkan sepakan penalti selepas Muhammad Azam Azmi Murad dikasari Aylton Ferreira 

Kapten, Habib Haroon gagal meletakkan tuan rumah di hadapan setelah sepakannya terkena tiang di sebelah kanan gol.

Mintah yang tidak dikawal berjaya akhirnya menemui jaringan buat Terengganu melakukan rembatan kencang dalam kotak penalti hasil hantaran lintang Adisak Kraisorn pada minit ke-22 untuk jaringan pertama TFC.

Advertisements

Bersambung babak kedua, KCFC yang dibimbing Irfan Bakti tidak mampu memecah kebuntuan gol.

Mintah sekali lagi menjadi watak utama buat Terengganu menghadiahkan gol kedua pasukan pada minit ke-52 hasil umpanan Habib.

Kemenangan skuad Penyu telah melonjak satu anak tangga di kedudukan kelima liga dengan mengutip 13 mata hasil lapan perlawanan 

Skuad KCFC pula kekal di tangga ke-12 dengan empat mata. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan