30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Penang FC bangkit tumbangkan PDRM

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

PENANG FC mempamerkan kebangkitan daripada ketinggalan dengan menundukkan PDRM FC 4-2 pada saingan Liga Super di Stadium Bandaraya, sebentar tadi.

PDRM FC terlebih dahulu mengejutkan tuan rumah apabila Marcus Macauley memanfaatkan kealpaan pertahanan Penang FC dan membuka akaun jaringan pertamanya bersama Sang Saka Biru seawal minit ketiga perlawanan. 

Ketika perlawanan masuk minit ke-11, kesilapan pertahanan PDRM FC, James Okwuosa membawa padah apabila tertampan bola di gawang sendiri, sekali gus menjadi kedudukan 1-1. 

Penyerang Penang, Sonny Saad meletakkan pasukan Pulau Mutiara itu di depan menerusi gol pada minit ke-16.

Advertisements

Sang Saka Biru enggan menyerah kalah dengan kapten pasukan, Azmi Muslim mencetak gol penyamaan 2-2 melalui tendangan kaki kanannya pada minit ke-28.

Saad sekali lagi menjadi duri dalam daging buat PDRM apabila kembali meletakkan Penang di hadapan 3-2 pada minit ke-69.

Pemain gantian, Rahmat Makasuf mencetak gol keempat Penang hasil hantaran Faizat Ghazali pada masa kecederaan.

Penang FC kini menghuni tangga kelapan dengan lapan mata namun berada di bawah PDRM FC dengan kelebihan dua mata. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan