29.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Gol lewat Firmino cetus kebangkitan Liverpool

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

GOL lewat Roberto Firmino membantu Liverpool bangkit ketinggalan dua gol untuk mengikat Arsenal 2-2 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi tadi.

Turun dengan misi wajib menang bagi membuka kembali jurang lapan mata berbanding pencabar, Manchester City, Arsenal yang bertandang ke Anfield berjaya mendahului seawal minit kelapan menerusi Garbriel Martinelli.

Andrew Robertson hampir menyamakan kedudukan namun percubaannya sedikit tersasar.

Sebaliknya, The Gunners melebarkan kedudukan pada minit ke-28 apabila menerusi jaringan penyerang, Gabriel Jesus.

Skuad bimbingan Jurgen Klopp itu bagaimapun berjaya merapatkan jurang tiga minit sebelum rehat apabila Mohamed Salah menolak masuk gol pertama The Reds dari jarak dekat.

Liverpool dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-54 susulan kekasaran Rob Holding terhadap Diego Jota namun gagal disempurnakan Salah sekali gus menafikan gol penyamaan tuan rumah.

10 minit terakhir menyaksikan penjaga gol, Aaron Ramsdale dipaksa bekerja keras termasuk menafikan percubaan Darwin Nunez.

Namun, pemain gantian, Roberto Firmino muncul wira The Reds apabila menanduk masuk gol penyamaan hasil hantaran silang Trent Alexander Arnold untuk memastikan satu mata milik mereka.

Untuk rekod, ini merupakan jaringan kelapan Firmino dalam lapan perlawanan di Anfield menentang Arsenal.

Arsenal kini masih di puncak liga dengan 73 mata berbanding City di tempat kedua dengan 67 mata.

Bagaimanapun, jurang itu dijangka mengecil kerana skuad bimbingan Pep Guardiola itu beraksi kurang satu perlawanan berbanding Arsenal. – Edisi 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan