25.8 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Rujuk sumber rasmi bagi tentukan 1 Syawal – Fahmi

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

UMAT Islam di negara ini diingatkan supaya merujuk kepada sumber rasmi di negara ini termasuk saluran televisyen dan radio bagi mengetahui tarikh 1 Syawal dan Hari Raya Aidilfiti.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, perayaan Aidilfitri di setiap negara berbeza dan umat Islam di Malaysia diharap tidak mudah percaya dengan sebaran di media sosial yang hanya bersifat spekulasi.

“Pengumuman kita yang terpakai hanya yang diumum Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. Jangan kita ambil tarikh dari Indonesia atau Emiriah Arab Bersatu dalam TikTok atau WhatsApp. 

“Kita perlu rujuk saluran rasmi maklumat yang disampaikan itu. Tidak pasti, jangan kongsi, itu peringatan saya kepada semua,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Anugerah Usahawan Gempak 2023 di Stadium Malawati malam tadi.

Terdahulu, Fahmi menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Selangor dan Perbadanan Teknologi Maklumat Ekonomi Digital Selangor (Sidec) kerana menganjurkan anugerah tersebut.

Katanya, ini kerana anugerah tersebut dicipta bagi mengiktiraf usahawan tempatan atas jasa yang disumbangkan kepada ekonomi negara. 

“Saya akan minta Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) bekerjasama lebih erat dengan Sidec untuk pastikan kita ada sinergi.

“Ini kerana kita ingin pastikan Selangor mampu menjadi contoh kepada negeri lain juga kepada kerajaan Persekutuan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab bagi ekonomi digital,” katanya. – Edisi 9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan