28.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 22, 2024

JDT kenduri gol lagi, Kedah mangsa terbaharu

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

JOHOR Darul Ta’zim (JDT) terus berpesta gol dengan menjadikan Kedah Darul Aman (KDA) sebagai mangsa belasahan terbaharu apabila mencatatkan kemenangan 6-0 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri sebentar tadi.

Pesta gol tuan rumah bermula menerusi peledak berbisa, Fernando Forestieri pada minit ke-23 selepas sepakan sudut diambil Juan Muniz Gallego terus mencari Feroz Baharudin yang menanduk kepada Forestieri dan kemudiannya mudah ditolak masuk penyerang kelahiran Argentina Liga Supertersebut.

Bersambung babak kedua, nafsu JDT menambah jaringan bermula menerusi tandukan Feroz Baharudin pada minit ke-48.

Selang dua minit kemudian JDT terus menekan Sang Kenari apabila Muniz meledak gol ketiga tuan rumah selepas menerima bola umpanan Arif Aiman bagi memastikan kedudukan selesa 3-0.

Advertisements

JDT meraih sepakan penalti di minit ke-52 selepas Mohd Akmal Md Zahir melakukan kekasaran terhadap Bergson dan Bergson menyudahkan penalti itu.

Arif Aiman kemudian menjadikan kedudukan 5-0 pada minit ke-76 sebelum Leandro Velazquez melengkapkan kemenangan bergaya dengan rembatan deras pada minit ke-86.

JDT kini terus gah di puncak liga dengan rekod seratus peratus kemenangan serta sudah menjaringkan 36 gol dan hanya bolos sekali dalam kempen Liga Super setakat ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wajah Faisal di Stadium MBPJ kenang peristiwa hitam bola sepak

WAJAH pemain Selangor, Faisal Halim dijadikan hiasan mural pada Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya sebagai mengenang...

Lagi Artikel Berkaitan