SELANGOR terpaksa bekerja keras hingga ke hujung perlawanan untuk menewaskan Kelantan FC 3-0 di Stadium Petaling Jaya, sebentar tadi.
Gol pertama tuan rumah hadir di minit ke -28 menerusi jaringan Ayron Del Valle yang menyudahkam hantaran kapten Brendan Gan sekaligus menewaskan Rozaimi.
Gol tersebut memberi keyakinan kepada tuan rumah untuk menggandakan jaringan. Cubaan pemain sayap kebangsaan Faisal Halim lambungan bolanya pada minit ke-35 berjaya dinafikan Rozaimi.
Gergasi Merah Kuning melancarkan serangan bertali arus untuk menambah jaringan di separuh masa kedua.
Dominasi Merah Kuning akhirnya membuahkan hasil dengan gol kedua menerusi pemain gantian, Rauf Salifu dengan tenang menewaskan Rozaimi menerusi satu sepakan leret pada minit ke-80.
Salifu menambah derita tuan rumah menerusi gol ketiga perlawanan pada minit ke-90 yang mudah menolak masuk setelah Rozaimi gagal menangkap kemas hantaran Nor Hakim Hassan.
Kemenangan ini membawa Selangor memintas Kedah di tangga kedua dengan 19 mata.
Sementara itu, Kelantan pula terus berada di tangga ke-13 dengan empat mata. – Edisi 9