32.9 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

3 ADUN Sabah dipecat daripada UMNO

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

TIGA Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah telah dipecat daripada UMNO manakala seorang lagi ADUN digantung keahliannya.

Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, mereka ialah ADUN Sugut, Datuk James Ratib; Datuk Mohd Arsad Bistari (Tempasuk) dan Datuk Jasnih Daya (Pantai Dalit).

“Ada tiga dikenakan tindakan pecat, Datuk James Ratib sudah diambil tindakan dipecat, Mohd Arsad dan Jasnih juga dipecat. Shahelmey (ADUN Tanjung Keramat, Datuk Ir Shahelmey Yahya) digantung,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Sabah, di bangunan UMNO, hari ini.

Ditanya mengenai status ADUN Tanjong Batu, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy pula, Bung Moktar memaklumkan, tiada tindakan dikenakan terhadap ADUN berkenaan.

Andi Muhammad masih berada di dalam barisan kepimpinan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan dilantik sebagai Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah.

Pada 21 Februari lalu, empat ADUN termasuk James, Mohd Arsad dan Jasnih mengumumkan keluar daripada parti dan menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat).

Advertisements

Selain itu, ADUN Balung Datuk Hamid Awang juga turut mengambil keputusan sama iaitu keluar daripada UMNO.

Sementara itu, dalam perkembangan Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang, UMNO dan Barisan Nasional (BN) Sabah akan mempertimbangkan mana-mana parti untuk bekerjasama.

Bagaimanapun ujar Bung Moktar, perkara itu akan dibincangkan nanti menerusi mesyuarat biro politik bagi mengkaji dengan siapa parti itu akan bekerjasama.

“Kami akan mengadakan mesyuarat biro politik untuk kita mengkaji siapa rakan kita dalam pilihan raya akan datang nanti sebab perkara ini perlu dibincang.

“Rakan ini bermakna yang boleh membawa impak kemenangan membantu kita menang dalam pilihan raya di Sabah. Kita akan pertimbangkan bukan hanya Parti Warisan (Warisan), mana-mana parti yang membawa kemenangan bersama, kita akan pertimbangkan,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Akhyar Rashid disamun, cedera di kepala akibat dipukul

PEMAIN bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid cedera di kepala dan kaki selepas menjadi mangsa samun di Kuala Terengganu sekitar...

Lagi Artikel Berkaitan