31.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

2 sahabat maut, nahas bertembung van

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

DUA sahabat maut apabila kereta yang dinaiki mereka terbabas sebelum bertembung dengan sebuah van di Kilometer 26.5, Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu dekat Kampung Bukit Jawa, Pasir Puteh, Kelantan, tengah malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.40 tengah malam itu, Mohamad Azrul Hakim Mohd.Rosli, 20, yang memandu kereta jenis Perodua Kancil dan rakannya, Muhammad Ammar Hakim Mohd. Zainuddin, 20, meninggal dunia di lokasi kejadian.

Menurut Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria, siasatan awal mendapati, sebuah van jenis Foton yang dipandu seorang lelaki berusia 39 tahun bersama beberapa penumpang berada di laluan dari arah Kuala Terengganu ke Kota Bharu.

“Semasa tiba di lokasi kejadian, kereta dinaiki kedua-dua mangsa yang berada di jalan bertentangan dipercayai telah memasuki laluan van tersebut.

Advertisements

“Keadaan itu menyebabkan kereta dan van tersebut bertembung. Pemandu kereta Perodua Kancil itu cedera parah pada kedua-dua belah kaki manakala rakannya di kepala dan mereka disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujar Zaizul Rizal, pemandu van hanya mengalami cedera ringan dan mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Tengku Anis di sini untuk dibedah siasat.

“Polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung nahas itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

‘Oppa’ adaptasi kisah guru jadi mangsa ‘Love Scam’

TIDAK dinafikan kes yang membabitkan jenayah scam sememangnya cukup serius sehingga mangsa ditipu dan mengalami kerugian dari segi wang ringgit. Kejadian...

Lagi Artikel Berkaitan