26.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 22, 2024

Anwar terkesan, sedih dengan kematian Presiden Raisi

Mesti Baca

DATUK Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa terkesan dan sedih menerima laporan kemalangan helikopter yang membabitkan Presiden Iran, Ebrahim Raisi dan Menteri Luarnya, Hossein Amir Abdollahian.

Malahan menurut Perdana Menteri, negara Malaysia turut berduka atas tragedi yang berlaku di wilayah utara Iran itu dan malaperaka yabg menimpa negara sahabat itu.

“Doa dan solidariti buat rakyat Republik Islam Iran, dan semoga Allah SWT mengampuni dosa mereka dan memberi tempat yang istimewa di sisi-Nya,” kata beliau menerusi media sosialnya hari ini.

Raisi disahkan meninggal dunia selepas helikopter yang dinaikinya terhempas di kawasan pergunungan berhampiran sempadan Azerbaijan, menurut laporan media dan sumber kerajaan negara itu. 

Memetik laporan Reuters, nahas tersebut turut mengorbankan Menteri Luar negara itu, Hossein Amir Abdollahian. 

Advertisements

Laporan itu memaklumkan, bangkai helikopter yang hangus selepas terhempas itu ditemukan selepas seharian misi mencari dan menyelamat diaktifkan dalam keadaan cuaca ribut. 

Menceritakan hubungannya dengan Allahyarham, Anwar berkata, beliau selesa bekerjasama dengan Raisi dan tragedi itu tentunya menyedihkan dan meninggalkan bekas yang mendalam terutamanya dalam perjuangan membela warga Palestin.

“Saya sempat ketemu almarhum Presiden Raisi di New York, Amerika Syarikat pada tahun lalu dan telah menekuni pelbagai perkara yang dekat dengan kedua-dua negara.

“Beliau menonjolkan sikap yang terbuka tetapi tegas terutamanya dalam soal pembangunan rakyatnya serta punyai keupayaan yang tinggi dalam memelihara Iran sebagai negara dan tamadun yang kuat,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK Sungai Bakap: Pilih Cikgu Joohari atau Abang Abidin

PENGUNDI di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap akan membuat pilihan sama ada Cikgu Joohari atau Abang Abidin sebagai...

Lagi Artikel Berkaitan