25.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Logo kasut mirip kalimah Allah: SKMM beri amaran

Mesti Baca

Lukman Ismail
Lukman Ismail
Editor Edisi 9

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimwdia Malaysia (SKMM) memberi amaran akan mengambil tindakan terhadap pihak-pihak yang membuat hantaran atau komen melampaui batas berhubung isu logo pada kasut yang mirip kalimah Allah.

SKMM dalam satu kenyataan berkata, tindakan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 akan dikenakan sekiranya ada yang membuat hantaran atau meninggalkan komen yang boleh mencetuskan ketegangan antara kaum.

“Semua pihak perl memberikan ruang kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan pihak berkuasa untuk melakukan siasatan berhubung dakwaan ini,” kata kenyataan itu hari ini.

SKMM juga mengingatkan orang ramai agar tidak memuat naik, berkongsi atau menyebarkan kandungan media sosial yang menyentuh sensitiviti 3R (race, royalty, religion).

Advertisements

Sebaliknya diminta melaporkan kepada SKMM di pautan https://aduan.mcmc.gov.my dan pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na’im Mokhtar mengarahkan Jamim untuk memanggil pihak berkaitan logo kasut yang didakwa seakan-akan mirip kalimah Allah.

Merujuk kepada logo kasut yang tular di media sosial itu, beliau berkata Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak sekiranya jelas membuat tindakan yang menghina agama Islam.

“Semua pihak dipohon untuk bertenang dan memberikan ruang kepada Jakim dan pihak berkuasa untuk melakukan siasatan terhadap dakwaan ini,” katanya seperti dilapor media. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan