25.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 8, 2024

Polis rampas 1,145 pasang kasut logo mirip kalimah Allah

Mesti Baca

SEBANYAK 1,145 pasang kasut yang didakwa memiliki logo mirip kalimah Allah dirampas bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, rampasan dilaksanakan di Johor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Kedah.

“Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman akan berurusan dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk melihat adakah (logo) itu mengikut reka bentuk kasut atau melambangkan tulisan khat (kalimah Allah),” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Beliau berkata, polis akan memanggil syarikat pengeluar kasut tersebut bagi membantu siasatan.

“Penjual atau syarikat pengeluar kasut, kita akan panggil. Selain itu, paling penting adalah laporan daripada Jakim.

Advertisements

“Sebanyak lapan laporan diterima berkaitan isu itu sehingga 7 malam Ahad,” katanya lagi.

Semalam, media melaporkan polis membuka satu kertas siasatan berkaitan dakwaan jenama kasut memaparkan logo mirip kalimah Allah pada tapaknya yang tular di media sosial.

Kes disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Dalam pada itu, Pengurusan Vern’s Holding Sdn Bhd memohon maaf berhubung logo kasut tumit tinggi keluarannya yang menyinggung perasaan umat Islam di negara ini.

Syarikat itu menerusi kenyataan memaklumkan pihaknya sama sekali tidak berniat untuk menghasilkan reka bentuk logo yang bertujuan untuk memperlekeh atau menghina mana-mana agama atau kepercayaan.

Advertisements

Terkini

Peranan, tanggungjawab Maritim Malaysia diiktiraf dunia

PERANAN serta tanggungjawab Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah diterima dengan baik dan diiktiraf dunia. Ini dibuktikan apabila Maritim...

Lagi Artikel Berkaitan