28.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

The Raw sumbang 50 tan beras kepada 10,000 asnaf

Mesti Baca

SERAMAI 10,000 asnaf yang terdiri daripada wanita dan ibu tunggal sekitar Lembah Klang menerima 50 tan beras infak daripada jenama penjagaan kulit yang disandarkan oleh farmaseutikal sains, The Raw.

Wakil syarikat The Raw International Sdn Bhd, Nor Amira Amizan berkata, inisiatif berkenaan diharap dapat meringankan bebanan golongan yang memerlukan terutamanya ibu tunggal untuk menyambut Syawal yang tinggal beberapa hari saja.

“Menyedari pelbagai cabaran termasuk kenaikan kos sara hidup memanggil The Raw untuk bekerjasama dengan beberapa organisasi bagi membantu mereka yang memerlukan.

“The Raw adalah salah sebuah syarikat yang berkembang pantas di bawah bimbingan Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman dan RichWorks yang sentiasa menekankan tentang kepentingan memberi sumbangan kepada masyarakat dengan bersedekah dan menjadi usahawan yang bermanfaat kepada ramai orang,” kata Nor Amira.

Inisiatif Sentuhan Kasih The Raw menginfak 6,000 kampit beras dianjurkan oleh The Raw dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan RichWorks (RichWell); Enrichment Media Lab Sdn. Bhd. dan Persatuan Gerak Wanita Islam Malaysia (Gerakwanis).

Ia juga mendapat sokongan Persatuan Penduduk Perumahan Awam Desa Rejang serta Gabungan Pengerusi-Pengerusi Penduduk PA PPR DBKL WPKL.

Advertisements

Terdahulu, inisiatif itu dimulakan dengan pengagihan 4,000 kampit beras kepada asnaf berhampiran empat masjid terpilih di sekitar Selangor dengan kerjasama Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Majlis penyerahan sumbangan beras oleh The Raw baru-baru ini.

Nor Amira berkata, inisiatif yang dijalankan ini adalah salah satu budaya dan nilai yang diterapkan dalam syarikat mereka bagi memberi kembali kepada masyarakat.

Untuk info, The Raw adalah sebuah syarikat bertaraf antarabangsa dalam industri kecantikan yang diasaskan oleh Adibah Mazlan, seorang yang berpengalaman sebagai ahli farmasi dan kini The Raw telah memasuki pasaran rangkaian farmasi seluruh negara.

Beliau menekankan kepentingan wanita mendapatkan kulit sihat tanpa menggunakan produk yang mengandungi bahan berbahaya seperti merkuri kerana produk The Raw menggunakan bahan yang membantu wanita mendapatkan tidak hanya kulit cantik tetapi apa yang lebih penting adalah sihat.

Produk The Raw kini boleh didapati dilebih 500 cawangan Guardian dan 60 cawangan Aeon Wellness seluruh negara. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah Tinggi kekal sabitan, hukuman terhadap Siti Bainun

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman ke atas Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali...

Lagi Artikel Berkaitan