Wednesday, July 22, 2026

Vera dilantik pengendali baharu Kelantan FC

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KELANTAN FC mengesahkan pelantikan Angel Alfredo Vera sebagai ketua jurulatih baharu bagi menggantikan Choi Moon-Sik.

Kelibat pengendali berpengalaman daripada Argentina itu dikongsikan pemilik kelab, Norizam Tukiman di akaun Facebooknya sejak beberapa hari lalu.

Kelab pantai timur itu menerusi kenyataan hari ini memaklumkan mengenai pelantikan Vera sebagai pengendali baharu.

“Selamat datang diucapkan kepada Angel Alfredo Vera yang akan menggalas tugas selaku Ketua Jurulatih Kelab Bolasepak Kelantan FC (TRW). 

“Jurulatih yang berasal dari Argentina ini mempunyai pengalaman melatih beberapa kelab divisyen utama dan kedua Indonesia seperti persipura Jayapura, Persebaya Surabaya dan banyak lagi. 

“Kami berharap dengan pengalaman yang dimilikinya, beliau dapat melakukan yang terbaik untuk pasukan Kelantan. Selamat maju jaya buat Vera,” katanya menerusi hantaran Facebook hari ini.

Kelab terakhir yang dikendalikan Vera adalah kelab Indonesia, Persita Tangerang.

Kelantan ketika ini berada di tangga terbawah Liga Super selepas hanya memperoleh empat mata daripada 13 perlawanan.

Ujian pertama Vera bersama The Red Warriors adalah melayan kunjungan Sri Pahang di Stadium Sultan Muhammad IV pada Jumaat ini. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan