26.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

BRM FC tarik diri saingan Liga M3

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KELAB berpangkalan di Kuala Kangsar, BRM FC sah menarik diri daripada saingan Liga M3 atau kini dikenali sebagai MBSB Bank Championship 2023.

Pengerusi Liga Bolasepak Amatur (AFL), Datuk Mohd. Yusoff Mahadi mengesahkan perkara itu selepas menerima surat makluman penarikan diri dari kelab berkenaan.

“Kuala Kangsar BRM FC (BRM FC) telah secara rasmi menarik diri dari saingan MBSB Bank Championship menerusi surat yang dihantar kepada AFL pada 19 Jun.

“Kita telah berusaha berbincang dan cuba membantu BRM FC dalam menangani masalah yang dihadapi namun pihak pengurusan kelab telah nekad dengan keputusan mereka,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

BRM FC kini berada di kedudukan ke-12 liga selepas hanya mengutip enam mata daripada sembilan perlawanan. 

Advertisements

Ketua Pegawai Operasi BRM FC, Ghafari Nasir berkata, kelab tersebut terpaksa menarik diri daripada saingan kerana masalah kewangan yang dihadapi gara-gara penaja tidak menunaikan janji mereka.

Sementara itu, Mohd. Yusoff berkata, rentetan penarikan diri BRM FC, perjalanan MBSB Bank Championship 2023 akan diteruskan mengikut perancangan sedia ada.

“AFL menerima dan menghormati keputusan tersebut dengan berat hati dan susulan penarikan diri BRM FC.

“Semua perlawanannya dibatalkan serta dianggap tidak sah termasuklah semua mata dan gol yang telah dimainkan sebelum penarikan diri secara rasmi KK BRM FC.

“Mengenai tindakan yang bakal dikenakan keatas BRM FC, keputusan rasmi akan ditentukan selepas Ahli Lembaga Pengarah AFL bermesyuarat dalam masa terdekat,” katanya. –  Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan