27.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

MFL buka semula permohonan lesen luar biasa

Mesti Baca

LIGA Bolasepak Malaysia (MFL) membuka semula permohonan lesen luar biasa (extraordinary license) kepada semua kelab Liga Bola Sepak Amatur (AFL) M3 untuk memohon lesen menyertai Liga Super 2024-2025.

MFL dalam satu kenyataan memaklumkan, tawaran itu dibuka susulan keputusan First Instance Body (FIB) dan Jawatankuasa Rayuan Pelesenan Kelab MFL (AB) yang menolak permohonan Lesen Kebangsaan Kelantan FC untuk bertanding dalam musim baharu Liga Super yang dijadualkan bermula Mei ini.Ads by

Menurut badan pengelola liga bola sepak profesional negara itu, permohonan lesen luar biasa berkenaan dibuka semula kepada kelab-kelab Liga M3 berdasarkan Perkara 4.5, 4.6 dan Annexe III Peraturan Pelesenan Kelab MFL.

“Ketiadaan Kelantan FC menyaksikan kekosongan slot ke-14 bagi saingan Liga Super musim ini.

“Justeru MFL sudah meminta semua kelab M3 yang berminat untuk mengemukakan permohonan lesen luar biasa ini pada 18 Jan 2024 dan proses penyerahan semua dokumen menerusi AFC (Konfederasi Bolasepak Asia) CLAS (sistem pentadbiran lesen kelab) akan bermula 19 Januari hingga 2 Februari 2024,” katanya.

Advertisements

MFL berkata, keperluan kriteria mengisi slot Liga Super itu masih sama dengan kriteria permohonan luar biasa pasukan Liga M3 dan subkriteria iaitu infrastruktur, kakitangan dan pentadbiran, sukan, perundangan, kewangan dan perniagaan, yang terkandung dalam Peraturan Pelesenan Kelab MFL Edisi 2023.

“MFL akan memilih hanya satu kelab terbaik yang memenuhi kriteria ditetapkan untuk mengisi slot ke-14 selepas ketiadaan Kelantan FC,” katanya.

Terdahulu, pada 1 Januari, Pengerusi FIB Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif mengumumkan Kelantan tidak layak bertanding dalam Liga Super 2024-2025 kerana gagal memperoleh Lesen Kebangsaan sebelum tarikh akhir (31 Dis 2023).

Keputusan itu dibuat selepas kegagalan skuad The Red Warriors (TRW) melengkapkan dua kriteria kewangan di bawah subkriteria F.04 dan subkriteria F.11 sebelum tarikh akhir yang ditetapkan, masing-masing pada 30 November dan 31 Disember.

Skuad TRW yang terpalit masalah kewangan, menamatkan saingan Liga Super 2023 pada kedudukan tercorot dalam kalangan 14 pasukan bertanding dengan mengumpul lapan mata, selepas tewas dalam 22 perlawanan dan meraih dua kemenangan serta dua seri. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan