25.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Polis masih teruskan siasatan kes khianat rumah Koo Ham

Mesti Baca

POLIS masih meneruskan siasatan bagi menjejak suspek dalam kes khianat terhadap kediaman Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham di Ayer Tawar, Manjung, Perak, pada 10 Januari lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, setakat ini, tiada tangkapan baharu dilakukan pihak polis bagi kes terbabit.

“Kita masih meneruskan siasatan untuk menjejak suspek, setakat ini tiada saksi baharu yang dipanggil.

“Siasatan masih diteruskan, sekarang siasatan tertumpu di Perak,” katanya.

Advertisements

Selasa lalu, lelaki berumur 30-an yang ditahan reman untuk siasatan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan iaitu khianat dengan api kerana disyaki melontar kediaman Ngeh dengan molotov cocktail dibebaskan dengan jaminan polis.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah dalam satu kenyataan berkata, lelaki terbabit akan menjadi saksi sekiranya diperlukan.

Justeru, pihak polis memohon orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes kebakaran itu menghubungi pegawai penyiasat Asisten Superinteden Mohd Azalan Ab. Karim melalui talian 019-3927837 bagi membantu siasatan pihak polis.

Terdahulu, dalam kejadian awal pagi 10 Januari lalu, rumah Ngeh dipercayai dilontar dengan molotov cocktail menyebabkan kebakaran yang memusnahkan sebuah kereta miliknya, manakala dua kenderaan lagi mengalami kerosakan. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan