31.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 1, 2024

Polis, PGA gempur kawasan penempatan Rohingya

Mesti Baca

POLIS telah menggempur sebuah lokasi yang didakwa menjadi penempatan etnik Rohingya di Kampung Parit Haji Ali, Bagan Serai, Perak.

Operasi bersepadu itu dijalankan bersama Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 1, Jabatan Imigresen, Pejabat Agama daerah Kerian, Pejabat Tanah dan Daerah serta Majlis Daerah Kerian.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintenden Juna Yusoff berkata, operasi digerakkan selepas mengesan satu video tular di media sosial mengenai keresahan penduduk terhadap kehadiran etnik terbabit ke kawasan itu, pada 12 Disember lalu.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati, terdapat 14 rumah terbabit di penempatan itu dan polis turut menahan 19 warga Myanmar bersama seorang warga tempatan yang berada di situ.

“Kesemua mereka telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian untuk pemeriksaan lanjut.

“Didapati, 18 daripada warga asing berkenaan adalah pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), mereka telah dibebaskan tanpa syarat,” katanya dalam satu kenyataan.

Advertisements

Beliau berkata, seorang lagi warga Myanmar yang ditahan tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah dan telah ditangkap di bawah Seksyen 6(1) Akta Imigresen.

Katanya, lelaki warga tempatan yang turut ditahan pula ditangkap untuk siasatan lanjut atas kesalahan memiliki dadah.

“Polis menasihatkan orang ramai agar tidak menimbulkan sebarang spekulasi yang boleh menyebabkan kegusaran awam.

“Sebarang maklumat boleh disalurkan secara terus ke balai polis berhampiran atau IPD Kerian di talian 05-7212222,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan, penduduk di Kampung Parit Haji Ali kurang senang dengan kehadiran etnik Rohingya yang semakin ramai di kawasan berkenaan.

Mereka mendakwa, dianggarkan terdapat 30 keluarga etnik terbabit dengan sebahagian besar memegang kad UNHCR tinggal di kawasan itu dengan menyewa rumah penduduk. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kupang PD masih belum selamat dimakan, 81 penternak terjejas

KUPANG dari perairan Port Dickson, Negeri Sembilan masih belum selamat dimakan kerana masih menunjukkkan kandungan biotoksin yang tinggi. Jabatan Perikanan...

Lagi Artikel Berkaitan