24.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Ali Rohingya ditangkap, sindiket seludup PATI berjaya dipatahkan

Mesti Baca

JABATAN Imgresen Malaysia (JIM) berjaya mematahkan satu lagi sindiket penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam satu operasi khas di sekitar Kota Bharu, Kelantan Sabtu lalu.

Operasi dilakukan oleh sepasukan 12 orang anggota dari Pasukan Taktikal Khas Imigresen (PASTAK) Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya serta JIM Kelantan.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh berkata, operasi yang bermula pukul 1 pagi itu adalah rentetan dari tangkapan ‘Geng Bob’ pada 3 Februari lalu.

Beliau berkata, berdasarkan maklumat risikan, pihaknya telah mengesan sebuah kenderaan dipercayai dipandu tekong darat sebelum berhenti di sebuah stesyen minyak berhampiran Wakaf Che Yeh.

“Lanjutan itu, pasukan bertindak mengepung kenderaan suspek.

“Menyedari kenderaannya dihampiri oleh pihak berkuasa, suspek bertindak memecut kenderaan dan berlaku pelanggaran kecil dengan kenderaan pasukan operasi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, tindakan pantas anggota PASTAK berjaya menahan suspek yang dikenali sebagai Ali berketurunan etnik Rohingya dan dipercayai dalang utama sindiket ini.

Katanya, pemeriksaan lanjut ke atas kereta Perodua Kelisa yang dipandu suspek menemui tiga wanita dan seorang lelaki warganegara Myanmar berumur antara 19 hingga 21 tahun.

Berdasarkan maklumat, jelas beliau, kesemua mereka dipercayai berhenti di stesyen minyak berkenaan yang sering dijadikan lokasi menunggu bas ekspres sebelum dihantar ke Kuala Lumpur.

“Pasukan kemudian bergerak memeriksa rumah dipercayai kediaman Ali dan menemui sepucuk pistol angin.

Advertisements

“Susulan penahanan Ali, pasukan telah menyerbu sebuah rumah di sekitar Pengkalan Kubor, Kota Bharu.

“Serbuan berjaya menangkap seorang lagi lelaki keturunan Rohingya dikenali sebagai Rahim yang disyaki orang kanan Ali,” katanya.

Ruslin berkata, pemeriksaan lanjut telah menahan empat lelaki warganegara Myanmar berumur lingkungan 16 hingga 27 tahun dan merampas sebuah kereta Perodua Viva yang dipercayai digunakan dalam kejadian ini.

Siasatan awal mendapati modus operandi sindiket adalah dengan membawa masuk PATI warganegara Myanmar melalui laluan haram di sempadan pada waktu malam.

Katanya, PATI ditempatkan di rumah penampungan dan sebelum dipindahkan ke Kuala Lumpur menggunakan bas ekspres bagi mengaburi pihak berkuasa.

“Sindiket ini dipercayai telah beroperasi selama enam bulan dan mengenakan bayaran antara RM500 hingga RM1,000 untuk seorang PATI.

Beliau menambah, kesemua 10 PATI termasuk dua lelaki etnik Rohingya yang disyaki tekong darat dibawa ke pejabat JIM Kelantan untuk tujuan siasatan.

Manakala kedua-dua buah kereta yang digunakan dalam kejadian ini disita untuk tindakan lanjut jabatan.

“Pihak JIM percaya dengan tertangkapnya kedua-dua tekong etnik Rohingya ini, satu lagi sindiket penyeludupan PATI yang aktif di Kelantan berjaya ditumpaskan,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan