25.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 8, 2024

Henti buat tafsiran salah frasa ‘liberal’ dalam Rukun Negara

Mesti Baca

SEMUA pihak digesa menghentikan tafsiran yang salah berhubung maksud frasa “liberal” yang terkandung dalam cita-cita Rukun Negara.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, ini kerana perkataan “liberal” tersebut merujuk kepada sikap keterbukaan dan penerimaan iaitu faham, hormat dan terima kepada perbezaan budaya antara kaum dan etnik.

Menurut beliau, berdasarkan cita-cita tersebut, rakyat bebas mengamalkan agama, adat resam serta kebudayaan masing-masing sesuai dengan kepentingan perpaduan negara.

Beliau berkata, ia sepertimana frasa “menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan pelbagai corak” dalam Rukun Negara yang dibentuk 55 tahun lalu itu.

“Penerapan nilai-nilai liberal (keterbukaan terhadap perbezaan budaya antara kaum) dalam masyarakat akan membantu mencipta persekitaran yang lebih inklusif, dinamik, dan progresif, serta memberi peluang kepada setiap individu untuk berkembang dan menyumbang kepada pembangunan negara secara positif,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengimbau sejarah terbentuknya Rukub Negara, Aaron berkata, susulan berlakunya peristiwa berdarah 13 Mei 1969, terbentuklah

Majlis Gerakan Negara (Mageran) yang diketuai oleh Tun Abdul Razak.

Advertisements

Beliau berkata, Mageran ketika itu telah menubuhkan tiga badan iaitu Majlis Muhibah Negara, Jabatan Perpaduan Negara dan Majlis Perundingan Negara (MPN).

“Melalui Majlis Perundingan Negara yang dianggotai oleh 13 tokoh negara daripada pelbagai latar belakang kaum dan kepakaran telah menghasilkan Rukun Negara sebagai falsafah negara baharu.

“Rukun Negara telah dirangka berdasarkan tujuh tunjang utama yang telah dikemukakan melalui kertas Pillars of Nation,” katanya.

Beliau menjelaskan, Rukun Negara telah dirangka dan disusun kepada dua bahagian iaitu lima cita-cita dan lima prinsip.

Cita-cita dan prinsip Rukun Negara itu, tambah beliau, kemudian telah diterjemah kepada suatu bentuk falsafah atau ideologi nasional.

“Falsafah yang bernilai tinggi ini perlu dihayati oleh setiap warganegara Malaysia bagi memastikan kelestarian dan kesesuaiannya sepanjang masa,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Peranan, tanggungjawab Maritim Malaysia diiktiraf dunia

PERANAN serta tanggungjawab Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah diterima dengan baik dan diiktiraf dunia. Ini dibuktikan apabila Maritim...

Lagi Artikel Berkaitan