26.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 22, 2024

Jaga aurat: Yusuf Bahrin lega pengarah ikut permintaannya

Mesti Baca

PELAKON Yusuf Bahrin lega apabila permintaannya untuk tidak terlalu mendedahkan badan dalam filem The Lord Musang King diterima oleh pengarah.

Yusuf, 31, berkata, pada awal dia bimbang jika permintaan itu dianggap ‘poyo’ berikutan hanya mendedahkan sebahagian badan sahaja.

Yusuf yang membawa watak utama dalam filem itu gembira apabila pengarah, Lee Moon Ho memahami batas aurat yang perlu dijaganya sebagai seorang Muslim meskipun perlu beraksi tanpa pakaian depan kamera.

“Saya letakkan syarat untuk tidak menunjukkan bahagian pusat hingga lutut. Saya minta penerbit agar hasrat itu disampaikan kepada pengarah dengan alasan takut isteri marah.

“Alhamdulillah syarat itu diterima baik dan saya rasa sangat lega. Mereka menghormati permintaan saya itu dan memang hanya bahagian atas pusat sahaja yang dirakam ketika penggambaran. 

“Saya faham dan terima sekiranya babak itu dikritik penonton. Saya tidak mengatakan tindakan itu betul atau salah,” katanya ketika ditemui pada malam gala tayangan filem The Lord Musang King, baru-baru ini. 

Yusuf berkata, dia ada memaklumkan dan meminta pendapat isteri yang juga penyanyi, Zizi Kirana sebelum melakonkan babak berkenaan.

“Babak itu memang ada ditulis dalam skrip. Saya tidak mahu timbul isu kemudian hari dengan berdiam sahaja tanpa memberitahu isteri.

Advertisements

“Kadang saya terlupa beritahu isteri jika terpegang pelakon ketika melakonkan sesuatu babak, Zizi akan tegur saya.

“Namun begitu, saya masih dengan pendirian untuk adegan romantis, belai-belai memang saya tidak akan buat,” katanya.

Membawakan watak Haikal, Yusuf mengakui puas melakonkan babak penuh emosi dan aksi menerusi filem pertamanya ini malah Yusuf turut menurunkan berat badan sehingga 7 kilogram demi menjayakan wataknya.

“Saya akui sangat penat sepanjang berlakon filem ini kerana ada banyak ‘take’ dalam satu satu babak. Kami juga mempunyai cabaran dari segi komunikasi di set. 

“Saya anggap ini semua pengalaman dan saya tidak serik untuk berlakon filem aksi pada masa akan datang,” katanya.

The Lord Musang King sudahpun menemui penonton di pawagam sejak semalam.

Filem ini adalah kerjasama Malaysia dan Korea yang turut dilakonkan oleh Fimie Don, Jay Iswazir, Kwak Donghyuk dan Kim Boyeon. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wajah Faisal di Stadium MBPJ kenang peristiwa hitam bola sepak

WAJAH pemain Selangor, Faisal Halim dijadikan hiasan mural pada Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya sebagai mengenang...

Lagi Artikel Berkaitan