27.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

‘The Lord Musang King’ gabung produksi, pelakon Malaysia, Korea

Mesti Baca

MELIHAT ‘kegilaan’ rakyat Malaysia terhadap industri K-Pop mendorong syarikat produksi, Hundred Years Popcorn Production menghasilkan filem aksi berjudul The Lord Musang King.

Lebih menarik, filem ini menyatukan dua negara iaitu Malaysia dan Korea Selatan, disamping mengetengahkan raja buah iaitu durian berkualiti tinggi, Musang King.

Penerbit Eksekutifnya, Ong Peng Chu, berkata hasrat menggabungkan dua negara dalam satu naskhah filem tercetus selepas dia dan pengarah filem, Lee Moon Ho yang juga warga Korea Selatan menikmati durian Musang King.

Malah dia tidak menyangka, menjadikan Musang King sebagai subjek utama mampu mencetuskan sebuah filem yang turut menggabungkan Malaysia dan Korea Selatan.

“Malaysia tidak pernah ada kerjasama dengan Korea Selatan dalam bidang perfileman, jadi saya mula cari rakan kongsi Korea Selatan sekiranya sudi datang ke Malaysia.

“Pada mulanya ramai cakap kos itu sangat tinggi, namun saya berterima kasih apabila semua yang terbabit tidak demand dengan saya.

“Pengarah, Moon Ho juga sangat memberi kerjasama dan dia seorang yang berpengalaman serta merendah diri. Malah dia juga seorang yang serius dalam bekerja,” katanya.

The Lord Musang King adalah filem sulung terbitan Hundred Years Popcorn Production malah Peng Chu yang juga Penerbit Muzik Veteran, selama 38 tahun dalam industri Muzik tempatan dan antarabangsa memberi keyakinan tinggi baginya untuk menceburi dunia perfileman yang dirasakan satu bidang yang seiring.

Advertisements

Ini adalah filem Malaysia pertama yang diarahkan oleh Pengarah dari Korea Selatan, Moon Ho yang sebelum ini terkenal dengan filem arahannya seperti My Way dan Underground Dragon King.

Sudahpun menemui penonton di seluruh pawagam tanah air sejak 21 Disember lalu, Peng Chu berharap filem ini dapat diterima oleh pencinta filem negara sekaligus memberi sokongan dengan menontonnya dipawagam.

Berbekalkan modal RM2.5 juta, filem The Lord Musang King menampilkan pelakon dari Malaysia dan Korea Selatan, manakala lokasi penggambaran dibuat sepenuhnya di Malaysia.

Filem ini menggunakan tiga bahasa iaitu bahasa Melayu, Inggeris dan Korea yang menampilkan pelakon Malaysia seperti Yusuf Bahrin, Harissa Adlynn Halim, Fimie Don, Azri Sabri, Hafizuddin Fadzil dan Jay Iswazir, manakala pelakon dari Korea Selatan pula adalah Kim Bo Yeon dan Kwak Dong Hyuk.

The Lord Musang King mengangkat kisah Haikal, anak pekebun durian yang berjaya, namun diperdaya dan dipenjarakan.

Demi menyelamatkan Haikal, bapanya, Samad membuat perjanjian dengan syarikat perdagangan antarabangsa untuk membebaskan anaknya.

Namun, Samad dibunuh ‘taikun’ Korea Selatan ketika cuba membebaskan anaknya. Selepas menyedari kejadian sebenar, Haikal tampil menuntut bela atas kematian bapanya. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan