Monday, July 20, 2026

Pesawat bawa penumpang mendarat di sungai beku

Mesti Baca

AKIBAT kesilapan juruterbang, sebuah pesawat Antonov-24 era Soviet yang membawa 30 penumpang mendarat di sungai beku berhampiran lapangan terbang di timur Russia.

Pendakwa raya berkata, pesawat Polar Airlines An-24 itu selamat mendarat di sungai Kolyma berhampiran Zyryanka di wilayah Yakutia.

“Menurut maklumat awal mendapati, punca insiden penerbangan adalah kesilapan kru dalam memandu pesawat itu,” kata jurucakap pendakwa pengangkutan Siberia Timur dalam satu kenyataan.

Pendakwa raya juga mendedahkan gambar pesawat itu di sungai beku manakala akhbar Izvestia menyiarkan gambar penumpang turun.

“Pesawat An-24 mendarat di luar landasan lapangan terbang Zyryanka.

“Tiada kemalangan jiwa” kata Polar Airlines dalam satu kenyataan ringkas. -Agensi

Terkini

AMH desak menteri, timbalan menteri BN letak jawatan

SEMUA menteri dan timbalan menteri dari Barisan Nasional (BN) didesak meletakkan jawatan masing-masing susulan tindakan parti itu yang secara...

Lagi Artikel Berkaitan