27.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 1, 2023

Pesawat latihan tersasar ketika mendarat di Langkawi

Kedua-dua juruterbang tidak mengalami kecederaan dan sedang menunggu pemeriksaan perubatan.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEBUAH pesawat latihan tersasar keluar dari landasan ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, Kedah hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Datuk Chester Voo berkata, insiden dilaporkan berlaku pukul 11.01 pagi itu membabitkan pesawat jenis Diamond DA-42D, 9M-HMY  dikendalikan HM Aerospace Sdn. Bhd. (HMA). 

Menurutnya, pesawat berkenaan dikatakan hilang kawalan ketika pendaratan dan tersasar keluar dari landasan.

“Bagaimanapun, kedua-dua juruterbang tidak mengalami kecederaan dan sedang menunggu pemeriksaan perubatan.

“Pesawat dialihkan pada pukul 12.05 tengah hari tadi dan landasan dibuka semula pada pukul 12.20 tengah hari selepas pemeriksaaan penuh landasan dilakukan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Chester berkata, siasatan lanjut dilaksanakan Biro Siasatan Kemalangan Udara di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia mengikut Bahagian XXVI Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016.

Baca juga:   Penuntut UniKL MIAT dikhuatiri lemas

Menurutnya, sebagai salah satu usaha CAAM ke arah mempromosikan keselamatan penerbangan, kesemua pengurus dan ketua pegawai eksekutif daripada organisasi-organisasi latihan penerbangan dipanggil untuk taklimat keselamatan.

“Kesemua aspek keselamatan pesawat dalam ekosistem organisasi latihan penerbangan dikaji semula untuk penambahbaikan bagi meningkatkan lagi tahap piawaian keselamatan semua pihak dalam industri penerbangan,” katanya.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

DBKL gempur pusat pelacuran operasi bulan Ramadan

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menggempur tujuh pusat pelacuran yang beroperasi pada bulan Ramadan di sekitar Jalan Petaling, Kuala...

Lagi Artikel Berkaitan