24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Calon SPM yang gagal dapat sijil boleh duduki ujian ulangan

Pada SPM tahun 2021, seramai 10,681 orang calon tidak hadir menduduki peperiksaan.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CALON peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang gagal mata pelajaran boleh menduduki peperiksaan SPM Ulangan (SPMU) yang dilaksanakan pada setiap tahun.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, Kementerian endidikan Malaysia (KPM) sentiasa berusaha untuk memastikan calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mendapat sijil SPM bagi membolehkan mereka melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi atau menceburi alam pekerjaan.

“Bagi peperiksaan SPM tahun 2021, seramai 10,681 orang calon tidak hadir menduduki peperiksaan.

“Manakala, seramai 45,526 orang calon yang menduduki peperiksaan SPM 2021 tidak layak mendapat sijil kerana gagal mata pelajaran Bahasa Melayu atau Sejarah atau kedua-duanya.

“Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator, bagi membantu calon tersebut, mereka boleh menduduki peperiksaan SPM Ulangan (SPMU) yang dilaksanakan pada setiap tahun.

“SPMU menawarkan tiga mata pelajaran, iaitu Bahasa Melayu, Sejarah dan Matematik. Untuk tahun ini, SPMU akan dilaksanakan pada bulan September,”katanya bagi menjawab soalan lisan di Dewan Negara Mesyuarat Kedua, Penggal Kelima Parlimen Ke-14 hari ini.

Advertisements

Beliau menjawab pertanyaan daripada Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali yang mahu mengetahui berapakah jumlah pelajar yang tidak layak mendapat sijil termasuk yang tidak menduduki peperiksaan atau gagal dalam peperiksaan Sijl Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2021 serta apakah tawaran atau peluang yang diberikan oleh Kerajaan terhadap mereka.

Dr Radzi berkata, selain daripada itu, calon juga boleh menduduki peperiksaan SPM sebagai calon persendirian pada tahun-tahun berikutnya.

“Keputusan bagi peperiksaan ini boleh digabungkan dalam satu sijil peperiksaan sahaja melalui perkhidmatan patching sijil peperiksaan SPM.

Ujarnya, calon yang telah memperoleh sijil SPM kali pertama mulai tahun 2009 layak untuk memohon perkhidmatan ini.

“Dengan cara ini, calon masih berpeluang untuk mendapatkan sijil SPM atau memperbaiki keputusan mereka,”katanya.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan