31.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, February 1, 2023

Pusat operasi ajaran sesat Hadi Minallah dikenal pasti

Tindakan akan dijalankan mengikut bidang kuasa agama negeri yang terbabit dengan kerjasama polis.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

JABATAN Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengenal pasti lokasi pusat operasi kumpulan ajaran sesat Hadi Minallah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, maklumat berhubung lokasi itu sudah diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk diambil tindakan selanjutnya.

“Semalam baru dapat profil berkenaan Hadi Minallah di Kuala Lumpur, saya terus hubungi JAWI kerana pada mulanya ada yang kata di Langkawi dan sebagainya.

“… tapi semalam kami dapat alamat itu, kami beri pada JAWI kerana bidang kuasa untuk bertindak ini ialah di pihak agama negeri,” katanya.

Beliau berkata kepada pada sidang media selepas Majlis Perasmian Dan Mesyuarat Pemilihan Anggota Majlis Peguam Syarie Wilayah-Wilayah Persekutan Kali Pertama di Putrajaya, hari ini.

Baca juga:   PIKAS mampu kawal penularan Covid-19 di sektor perkilangan

Idris berkata, tindakan akan dijalankan mengikut bidang kuasa agama negeri yang terbabit dengan kerjasama polis.

Menurutnya, pihaknya tidak boleh menyekat dakyah sesat yang disebarkan melalui YouTube dan hanya boleh melaporkan kepada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) untuk diambil tindakan.

“Setakat ini kita masih belum menerima maklumat sejak bila ajaran sesat itu mula aktif di negara ini,” katanya.

Dalam pada itu Idris meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan ajaran sesat melaporkannya kepada pihak berkuasa agama negeri dan polis untuk diambil tindakan segera.

Ajaran Hadi Minnallah aktif menyebarkan dakyah sesat mereka melalui YouTube, Persatuan Nur Mutiara Mutmainnah.

Baca juga:   Pegawai Tun Mahathir didapati positif COVID-19

Berdasarkan video tular itu, seorang lelaki yang mendakwa sebagai pengasas ajaran itu, Wayang Hadi Kesumo atau Hadi Minnallah Aminnullah Ahmad berasal dari Indonesia.

Lelaki itu mengaku tiada agama dan menyebarkan fahaman makrifat sesat, Nur Muhammad serta pluralisme agama di mana dakwanya Tuhan tidak melihat kepada agama selain turut menolak hadis.

Antara ajaran lain dibawa ialah menyeleweng tafsiran al-Quran, menganggap dirinya wali, mengharamkan makan daging dan mewajibkan pengikutnya membayar zakat diri kepadanya sebagai tanda menyucikan diri.

Pengikut kumpulan ini yang berpakaian putih berserban didakwa aktif di Kuala Lumpur; Kajang, Selangor serta Johor.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

SPRM bekukan akaun bank Bersatu

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini membekukan akaun bank Bersatu. Tindakan tersebut berlaku sehari selepas parti terbabit mendedahkan akaun...

Lagi Artikel Berkaitan