27.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Kemasukan pesakit Covid-19 ke fasiliti perubatan kekal sama

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BILANGAN kemasukan pesakit Covid-19 ke fasiliti perubatan bagi setiap 100,000 penduduk pada Minggu Epidemiologi (ME) ke-31 dilaporkan tidak menunjukkan sebarang perubahan dan kekal sama berbanding ME sebelumnya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kemasukan pesakit bagi kategori satu dan dua kekal pada 3.8 peratus manakala bagi kategori tiga, empat dan lima kekal pada 3.5 peratus.

“Selain itu, penggunaan katil bukan kritikal pula meningkat sebanyak 2 peratus selain pengisian katil di unit rawataan rapi (ICU) kekal pada jumlah 14 peratus dan di Pusat Kawalan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) turun 2 peratus.

“Peratusan pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan pula meningkat sebanyak 0.1 peratus pada ME 31/2022 berbanding edisi sebelumnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Bagaimanapun, Dr Noor Hisham berkata, bilangan pesakit yang datang ke Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) menunjukkan penurunan sebanyak 1.7 peratus.

“Manakala jumlah kes baharu yang menjalani pemantauan di rumah turun sebanyak 1.5 peratus.

“Sementara itu, bilangan kes Covid-19 yang dirujuk CAC ke PKRC dan hospital juga menurun sebanyak 20.9 peratus,” jelasnya.

Dalam perkembangan sama, sebanyak 2,728 kes Covid-19 dilaporkan semalam termasuk dua kes import sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara ini sebanyak 4,670,577.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, sejumlah 3,856 kes sembuh direkodkan dengan jumlah keseluruhan pulih daripada Covid-19 seramai 4,626,756 orang.

Sebanyak 45,770 kes aktif Covid-19 dilaporkan dengan merekodkan sejumlah negatif 1,134 kes.

Pada masa sama, sebanyak enam kematian dilaporkan tanpa sebarang kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in dead (BID) seterusnya menjadikan jumlah kematian sebanyak 36,026.

Jumlah kematian BID pula sebanyak 7,655 setakat ini.

Berdasarkan pecahan kes aktif dilaporkan sbanyak 44,159 kes dikuarantin di rumah.

Sementara sebanyak 30 kes di PKRC, 1,529 kes di hospital, 16 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 36 kes di ICU dengan bantuan pernafasan.-Edisi 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan