25.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Pesakit kuarantin di rumah tetap dipantau KKM

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) tetap terus memantau pesakit COVID-19 tidak bergejala atau bergejala ringan yang menjalani kuarantin di rumah melalui aplikasi MySejahtera Health Assessment Tool (HAT).

Timbalan Pengarah Cawangan Kesihatan Primer, Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga KKM, Dr. Mastura Ismail berkata, pesakit tersebut tidak perlu datang ke Pusat Penilaian COVID-19 (CAC).

“Apabila mereka tidak perlu ke CAC, sudah tentu kita masih perlu terus kena memantau mereka dan cara pendekatan kita gunakan ialah pemantauan melalui MySejahtera menggunakan HAT.

“Justeru kita nak uar-uarkan adalah kita berharap ia boleh diperkasakan untuk pesakit dengan kategori 1 dan 2a iaitu tiada gejala atau bergejala ringan,” katanya pada sesi temu bual sebuah rancangan televisyen, lapor Kosmo.

Video penerangan tersebut turut dikongsikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah menerusi akaun Twitter beliau.

Advertisements

Dalam pada itu, Dr. Mastura berkata, pesakit tersebut akan mendapat notifikasi MySejahtera seterusnya diminta mengemas kini sebanyak dua kali sehari berhubung gejala yang dialami sekiranya ada pada hari tersebut.

“Jadi kita ada satu sistem yang dipanggil Pusat Penilaian COVID-19 Maya (VCAC) dan petugas di sini akan memuat turun data untuk penilaian. Kita dapati pesakit dalam kategori 1 dan 2a ini adalah hampir 80 peratus.

“Kita ada sistem yang bagus menggunakan aplikasi MySejahtera, mereka menjawab soalan di dalam aplikasi tersebut dan kita ada pasukan yang akan mendapat ‘alert’. Kita juga ada petugas di setiap negeri fizikal CAC tadi yang akan melakukan pemantauan.

“Apabila mereka jawab ada gejala bertambah teruk maka petugas-petugas ini akan menelefon mereka dengan segera,” katanya. 

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan