26.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, March 25, 2023

KPKT peruntuk RM1 juta bersih runtuhan tanah

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Perumahan dan Kerajaan Tempatan meluluskan peruntukan berjumlah RM1 juta bagi kerja-kerja pembersihan di kawasan tanah runtuh di Taman Bukit Permai 2, Ampang, Selangor.

Perkara tersebut diumumkan oleh Menterinya Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican selepas hadir melakukan tinjauan di tapak kejadian tersebut, hari ini.

“KPKT meluluskan RM1 juta untuk kos-kos pembersihan di kawasan tanah runtuh yang berlaku.

“Ini akan disalurkan menerusi Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) bagi membolehkan analisis risiko keseluruhan cerun boleh dilakukan.

“Peruntukan tersebut telah diluluskan dengan kadar segera.Bantuan akan ditambah sekiranya diperlukan oleh penduduk setempat dan kementerian lain turut sama diminta membantu mangsa yang terbabit dalam insiden ini.

“Pada masa sama, kita juga akan meminta jabatan berkaitan untuk melakukan analisa risiko cerun bagi memastikan penduduk setempat berasa selamat berada di kawasan perumahan mereka,” katanya, lapor Astro AWANI.

Baca juga:   Ebit bantu keluarga hilang rumah akibat banjir di Pahang

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas meninjau kawasan tanah runtuh di Taman Bukit Permai 2 di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Tan Sri Noh Omar yang juga Pengerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN) Selangor.

Sementara itu, Noh berkata, jabatan berkaitan perlu membuat ujian cerun susulan beberapa insiden membabitkan kawasan cerun berlaku di negara kebelakangan ini.

“Sudah tiba masanya Kerajaan Persekutuan membuat kajian mengenai kedudukan bukit dan tanah tinggi terutamanya di kawasan Ampang.

Baca juga:   Ebit bantu keluarga hilang rumah akibat banjir di Pahang

“Kita tidak mahu peristiwa Highlands Tower berulang semula,” katanya.

Terdahulu, Ahli Parlimen Pandan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail meluangkan masa kira-kira 30 minit bagi meninjau kawasan tanah runtuh di lokasi berkenaan.

Wartawan

Terkini

Poster tular pengeluaran terakhir RM100 hingga RM50,000 diluluskan KWSP palsu

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) nafi meluluskan pengeluaran sebanyak RM100 hingga RM50,000 sebelum AidilFitri oleh Menteri Kewangan melalui poster...

Lagi Artikel Berkaitan