Sunday, July 19, 2026

PLUS nafi pemberian diskaun tol kepada orang ramai

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menafikan mengeluarkan kenyataan berkaitan pemberian diskaun tol kepada orang ramai sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor esok.

Jurucakap PLUS dalam satu kenyataan berkata, PLUS memandang serius tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang mengelirukan pengguna itu.

“PLUS menafikan telah mengeluarkan kenyataan media tentang pemberian diskaun tol 50 peratus untuk orang ramai yang pulang untuk mengundi seperti yang tular pada ketika ini.

“PLUS amat memandang serius perbuatan menggunakan logo syarikat untuk mengelirukan orang ramai dan bekerjasama dengan pihak berwajib untuk mengambil tindakan terhadap individu serta pihak yang terbabit,” katanya.

Syarikat pengendali lebuh raya itu juga memaklumkan selain daripada agensi media yang sah, semua kenyataan media PLUS disiarkan menerusi saluran komunikasi rasmi syarikat termasuk media sosial.

Terdahulu, Sruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Mac (esok) sebagai tarikh pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Hari penamaan calon ditetapkan pada 26 Februari, manakala tarikh mengundi awal pula pada 8 Mac.

PRN Johor perlu diadakan selepas SPR menerima pemakluman rasmi berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor penggal ke-14.

SPR secara rasmi menerima notis daripada Speaker DUN Johor, Suhaizan Kaiat berhubung pembubaran DUN Johor penggal yang ke-14 pada 23 Januari lalu. – Edisi 9


Terkini

AMH desak menteri, timbalan menteri BN letak jawatan

SEMUA menteri dan timbalan menteri dari Barisan Nasional (BN) didesak meletakkan jawatan masing-masing susulan tindakan parti itu yang secara...

Lagi Artikel Berkaitan