25.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 25, 2022

Kuarantin 7 hari bagi pesakit lengkap vaksinasi, tak bergejala

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

INDIVIDU disahkan positif Covid-19 walaupun telah lengkap vaksinasi dan tidak bergejala boleh menjalani kuarantin selama tujuh hari berbanding 10 hari yang dikuatkuasakan sebelum ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, bagaimanapun tempoh 10 hari tetap dikenakan terhadap mereka yang tidak lengkap, tiada vaksinasi atau bergejala.

Menurutnya, untuk kontak rapat kepada kes positif Covid-19, individu yang telah mendapat dos penggalak pula dikehendaki menjalani perintah kuarantin selama lima hari.

“Bagi kontak rapat yang telah lengkap vaksinasi dan yang belum lengkap atau tiada vaksinasi, individu tersebut perlu menjalani perintah kuarantin selama tujuh hari.

“Sekiranya kontak rapat tersebut bergejala, lakukan ujian pengesanan jangkitan Covid-19 menggunakan RTK-Ag sama ada kendiri atau ke fasilti kesihatan berhampiran bagi mendapatkan rawatan lanjut. Keputusan ujian kendiri hendaklah dimasukkan ke dalam Mysejahtera.

Baca juga:   Projek rintis gelang peranti digital, jalani kuarantin di rumah

“Mereka juga perlu menjalani ujian RTK-Ag sama ada di fasiliti kerajaan atau swasta pada hari kelima (untuk kuarantin lima hari) dan hari ketujuh (untuk kuarantin tujuh hari) serta diberi pelepasan kuarantin pada hari yang sama ujian pengesanan RTK-Ag dijalankan sekiranya keputusan adalah negatif dan tidak bergejala,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Khairy berkata, prosedur itu akan mula berkuat kuasa esok dan turut terpakai ke atas mereka yang sedang menjalani pengasingan dan kuarantin manakala prosedur sedia ada bagi pengurusan pengembara yang baru tiba ke Malaysia masih terpakai.

Baca juga:   GKP 4.0 mula dibayar secara berperingkat Selasa ini

Mengulas lanjut, Khairy Jamaluddin berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) juga telah meningkatkan kesiapsiagaan sistem perkhidmatan kesihatan dalam menghadapai kemungkinan peningkatan kes susulan pelaporan kes jangkitan varian Omicron dalam negara.

“Oleh itu, KKM menyarankan kepada individu yang layak menerima vaksin Covid-19 supaya mendapatkan dos penggalak bagi mencapai tahap perlindungan yang optimum serta mengelakkan gejala jangkitan Covid-19 yang teruk serta komplikasinya,” jelasnya.

-EDISI9

Terkini

Hapus kuasa veto: Netizen puji kenyataan berani PM

KENYATAAN berani Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri ketika berucap di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke -77...

Lagi Artikel Berkaitan