27.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 9, 2024

Sayalah yang ditahan polis di Perai – ADUN Pasir Bedamar

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

“SAYALAH ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) yang baru-baru ini ditahan oleh pihak polis di Perai,” kongsi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Bedamar, Terence Naidu hari ini.

Terence berkata, dia faham kekecewaan individu yang berada di sekelilingnya susulan insiden terbaru berkenaan di mana dia dilaporkan ditahan kerana didapati positif dadah.

Menurutnya, ekoran insiden berkenaan semalam (14 Januari) sebaik sahaja dibebaskan, dia telah membuat laporan polis menyatakan bahawa dirinya terdedah kepada anasir yang mencurigakan dan telah menamakan saksi terhadap kejadian terbabit.

“Saksi tersebut telah pun memberi kenyataan kepada polis dan mengesahkan apa yang telah dia lihat. Berikutan dengan ini saya telah memohon pihak polis untuk menyiasat perkara tersebut dan orang ramai boleh menilai kenyataan beramaran saya kepada pihak polis dan membuat kesimpulan mereka sendiri.

“Walau bagaimanapun, saya akan mempertahankan diri untuk membuktikan bahawa saya tidak bersalah. Pun begitu, ramai yang telah membuat keputusan bahawa saya semestinya bersalah,” katanya hari ini.

Jelas Terence lagi, tiada apa yang berubah, dan beliau akan terus menjalankan tanggungjawab terhadap pengundinya serta tetap berpendirian bahawa dadah adalah permasalahan sosial dan akan terus berjuang menentang dadah.

“Saya berterima kasih kepada kepimpinan parti atas sokongan dan kepercayaan mereka kepada saya. Berkenaan dengan pendirian DAP Perak menuntut saya memberi penjelasan dan saya patuhi.

“Sebagai Adun yang bertanggungjawab dan dilantik di bawah bendera parti, saya juga bersedia untuk melindunginya daripada sebarang masalah dan bersedia untuk digantung keahlian, supaya pihak parti tidak terheret sama dalam kes ini.

Menurutnya, buat para penyokong yang mengenalinya secara peribadi, terutamanya penduduk Pasir Bedamar, dia dengan rendah hati memohon maaf kerana meletakkan diri dalam posisi yang berbahaya.

Advertisements

Sementara itu, Terence turut berkongsikan tujuh kenyataan beramaran beliau kepada pihak polis, kerana didapati positif dadah.

“Pertama, saya diundang bertemu kawan-kawan (yang juga sebenarnya klien) untuk perjumpaan dan makan Tahun Baru Cina Di Pulau Pinang.

“Kedua, apabila tiba di Perai, saya dibawa ke lokasi di mana saya akan kemudiannya ditahan. Ketiga, saya teragak-agak untuk masuk ke premis terbabit, namun akhirnya masuk.

“Keempat, saya tidak mengambil sebarang bentuk bahan terlarang. Kelima, saya terkejut ketika dimaklumkan bahawa ujian air kencing saya positif, kerana saya ini merokok pun tidak.

“Keenam, saya dihidangkan minuman yang ‘aneh’. Saya tidak meminumnya selepas merasa sedikit. Ketujuh, saya kemudiannya dimaklumkan keesokan harinya bahawa ketika saya ke tandas, seseorang telah datang ke meja dan mengisi gelas minuman saya.

Terdahulu, Terence didakwa positif menggunakan bahan terlarang ketika serbuan polis di sebuah kelab malam di Pulau Pinang.

Terence, 54, merupakan ADUN Perak selama dua penggal dan merupakan seorang peguam.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Selangor sah tarik diri Piala Sumbangsih bertemu JDT

SELANGOR FC (SFC) membuat keputusan untuk menarik diri daripada perlawanan Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta’azim di Stadium Sultan...

Lagi Artikel Berkaitan