32.7 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

UMNO, BN sedia hadapi PRN Johor – Mahdzir

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

UMNO dan Barisan Nasional (BN) bersedia untuk berdepan dengan satu lagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di Johor jika perkara itu tidak dapat dielakkan.

Bagaimanapun menurut Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid, keputusan sama ada UMNO dan BN bertanding secara solo atau sebaliknya hanya akan diputuskan secara konsensus oleh kepimpinan parti itu apabila tiba masanya nanti.

“UMNO dan BN sentiasa bersedia, jika itulah keputusan Johor (PRN), UMNO dan BN sedia menghadapinya.

“Sama ada kita bertanding solo atau bersama rakan-rakan lain, itu akan ditentukan secara konsensus oleh kepimpinan tertinggi parti. Sebagai Naib Presiden, saya tak berhak bercakap bagi pihak parti dan semuanya terpulang kepada kepimpinan peringkat Pusat,” katanya.

Mahdzir berkata demikian dalam sidang media selepas majlis Penyerahan Baucar Bantuan Persekolahan 2022 di Dewan Pejabat UMNO Bahagian Padang Terap, Kedah, hari ini.

Advertisements
Mahdzir ketika berucap sempena majlis Penyerahan Baucar Bantuan Persekolahan 2022 di Dewan Pejabat UMNO Bahagian Padang Terap, Kedah, hari ini.

Beliau diminta mengulas kemungkinan pembubaran Dewan Undangan Negeri Johor yang akan membawa kepada PRN susulan pergolakan politik di negeri itu.

Media sebelum ini melaporkan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO memberi lampu hijau kepada parti itu untuk bersiap sedia menghadapi PRN Johor bagi mencari mandat baharu mendirikan kerajaan lebih stabil berbanding majoriti satu kerusi ketika ini.

Kerajaan Johor ketika ini memiliki majoriti tipis satu kerusi menerusi 28 DUN berbanding 27 di blok pembangkang dan dianggap ‘goyah’ selepas kematian bekas Menteri Besar yang juga Ahli DUN (ADUN) Kempas, Allahyarham Datuk Osman Sapian.

Barisan Nasional (BN) pada PRN Melaka November lalu memenangi 21 daripada 28 kerusi DUN, sekali gus meyakinkan UMNO untuk menghadapi PRN Johor.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan