24.9 C
Kuala Lumpur
Monday, June 17, 2024

ADUN Sungai Bakap daripada Pas, Nor Zamri meninggal dunia

Mesti Baca

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap dalam Parlimen Nibong Tebal, Nor Zamri Latiff disahkan meninggal dunia tengah hari tadi.

Setiausaha Badan Perhubungan Pas Negeri Pulau Pinang, Izuree Ibrahim, berkata Allahyarham menghembuskan nafas terakhir jam 1.38 tengah hari di Hospital Seberang Jaya.

Difahamkan, jenazah akan disolatkan di Masjid Jamek Sungai Acheh dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam masjid itu kira-kira jam 6 petang nanti.

Pada hujung April lalu, Nor Zamri dimasukkan ke hospital berkenaan dan terpaksa ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana mengalami radang di bahagian perut.

Advertisements

Nor Zamri yang juga Yang Dipertua Pas Nibong Tebal menang Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos lepas menentang calon Pakatan Harapan (PH), Nurhidayah Che Rose dengan majoriti 1,563 undi. Beliau mendapat 15,433 undi.

Awal bulan ini, berlangsung Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kuala Kubu Baharu di Selangor berikutan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong pada 21 Mac lepas.

Dalam PRK tersebut, calon PH, Pang Sock Tao memperoleh 14,000 undi menewaskan tiga calon lain termasuk Khairul Azhari Saut dari Perikatan Nasional (PN).

Khairul Azhari mendapat 10,131 undi manakala dua lagi calon iaitu Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas) masing-masing memperoleh 152 dan 188 undi. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Rakyat marah bukan penyelarasan subsidi tapi soal janji

KETUA Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh berkata, kemarahan rakyat kepada kerajaan hari ini bukan kerana melaksanakan penyasaran subsidi...

Lagi Artikel Berkaitan