24.9 C
Kuala Lumpur
Monday, June 17, 2024

UniKL, Huawei adakan MoU perkasa sistem pengurusan bencana

Mesti Baca

Lukman Ismail
Lukman Ismail
Editor Edisi 9

UNIVERSITI Kuala Lumpur (UniKL) dan syarikat telekomunikasi terkemuka China, Huawei hari ini menjalinkan kerjasama bagi memperkasa sistem kawalan pengurusan bencana.

Melalui perjanjian persefahaman (MoU) yang ditandatangani kedua-dua pihak itu, Malaysia dijangka menerima sistem pengurusan bencana lebih sistematik menggunakan teknologi terkini sebagai persediaan menghadapi bencana.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, MoU tersebut juga dapat memudahkan urusan pertukaran maklumat akademik dan penyelidikan.

“Selain itu, MOU ini juga merangkumi hasrat bagi penubuhan Pusat Pengendalian Pintar Huawei di Kampus UniKL BMI yang akan menjadi teras kolaborasi dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D).

“Pusat ini juga dapat menyediakan peluang latihan dan kursus pendek yang diiktiraf untuk manfaat pelajar UniKL dan seluruh masyarakat,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Ahmad Zahid Hamidi tertarik dengan poster sambutan ketibaan beliau dan rombongan Malaysia di Ibu Pejabat Huawei di Shenzen, China. – Foto: FB AZH

Sebelum itu Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menyaksikan majlis mendatangani MoU itu ketika mengadakan lawatan ke Ibu Pejabat Huawei di Shenzen, China hari ini.

Pada majlis itu UniKL diwakili oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif UniKL, Prof Madya Ir Dr Azman Senin manakala Huawei diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif Huawei Malaysia, Simon Sun.

Hadir sama Pengerusi Eksekutif Huawei, Guo Ping dan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Advertisements

Zahid berkata, beliau berharap langkah proaktif yang diambil hari ini akan membawa impak yang positif kepada kemajuan dan kemakmuran negara.

“Saya juga yakin bahawa MoU ini dapat menjadi pemangkin kepada inovasi yang berterusan dan kemajuan yang mampan untuk manfaat industri dan bidang pendidikan tempatan,” katanya.

Sementara itu, ketika mengadakan pertemuan dengan Guo Ping, Zahid berkata, beberapa perkara telah dibincangkan antaranya mengenai kerjasama pemindahan teknologi melalui konsep “train of trainers”.

Katanya, ini bagi program peningkatan kemahiran khususnya dalam bidang TVET, kerjasama dalam teknologi pemantauan keselamatan sempadan, pengurusan bencana dan lain-lain.

“Memandangkan Huawei telah memainkan peranan penting dalam menyokong pembangunan bakat ICT di Malaysia melalui inisiatif seperti Akademi ICT Huawei dan “Seeds for the Future”.

“Tambahan pula, Huawei telah menunjukkan kesungguhan jangka panjang terhadap Malaysia dengan melakukan pemindahan beberapa unit kumpulan perniagaannya di luar negara kita tahun lalu.

“Justeru, saya berkeyakinan bahawa kerjasama antara Huawei dan UniKL akan mempercepatkan perkembangan pendidikan digital di Malaysia, membuka peluang lebih luas untuk memperkasa inovasi dan pertumbuhan industri di Malaysia,” katanya.

Zahid dalam rangka lawatan tujuh hari ke China sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik kedua-dua negara. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Rakyat marah bukan penyelarasan subsidi tapi soal janji

KETUA Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh berkata, kemarahan rakyat kepada kerajaan hari ini bukan kerana melaksanakan penyasaran subsidi...

Lagi Artikel Berkaitan