29.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, July 14, 2024

Persatuan Alumni TUBE Sabah terima sumbangan RM30,000

Mesti Baca

PERSATUAN Alumni Tunas Usahawan Belia (TUBE) Sabah (Pantas) menerima sumbangan RM30,000 daripada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick, kelmarin.

Menurut Ewon, sumbangan tersebut merupakan peruntukan khas menteri sebagai sokongan bagi program-program pendidikan dan pemerkasaan usahawan TUBE khususnya di Sabah.

Selain itu, beliau berkata, sumbangan tersebut diharap dapat membantu mengurangkan kos pentadbiran tahunan yang ditanggung oleh persatuan itu.

“Pada Majlis Bersama Alumni Program TUBE Sabah, 11 November tahun lalu, saya telah menyatakan akan memberikan sejumlah geran pentadbiran tahunan untuk persatuan.

“Ini adalah sebagai tanda sokongan dan galakan saya kepada persatuan ini supaya terus melaksanakan program-program bimbingan dan latihan kepada usahawan-usahawan TUBE atau bakal usahawan Sabah agar terus berjaya seterusnya menjadi contoh kepada bakal usahawan baharu,” katanya.

Ewon berkata demikian selepas menerima kunjungan Pantas yang diketuai Presidennya, Azizul Julirin dan menyampaikan sumbangan itu di Pejabat Tekun Penampang.

Advertisements

Sementara itu Azizul berkata, beliau terharu dan berterima kasih atas sumbangan yang diberikan.

Beliau berkata, sejak ditubuhkan pada 2017, Pantas tidak pernah menerima apa-apa sumbangan atau peruntukan daripada mana-mana organisasi untuk melaksanakan program-program.

“Ini adalah pertama kali kami menerima sumbangan dan kami akan memanfaatkan peruntukan ini sebaik mungkin untuk faedah semua ahli persatuan serta bakal-bakal usahawan di Sabah.

“Kami melaksanakan pelbagai program antaranya bimbingan usahawan TUBE dan pensijilan,” katanya.

Beliau yakin sumbangan tersebut akan membantu mengurangkan kos pengurusan persatuan antaranya kos logistik, kerana ahli kita berada di seluruh Sabah.

Azizul berkata, sumbangan daripada Ewon itu juga adalah tanda pengiktirafan oleh Kementerian terhadap persatuan itu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Buli siber: Letak tanggungjawab kepada pemilik akaun – Gobind

MENTERI Digital, Gobind Singh Deo, mencadangkan undang-undang baharu dipertimbang bagi meletakkan tanggungjawab kepada pemilik platform media sosial atas penyalahgunaannya,...

Lagi Artikel Berkaitan