Tuesday, July 21, 2026

Dua syarikat BRAVE disasar tersenarai di bursa tahun ini – Zahid

Di bawah program tersebut, pihak kerajaan menyediakan pembiayaan alternatif sehingga RM1 juta bagi syarikat bumiputera berprestasi tinggi, pada kadar keuntungan hanya 3.5 peratus.

Mesti Baca

DATUK Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini meletakkan sasaran sekurang-kurangnya dua syarikat bumiputera dapat disenaraikan di Bursa Malaysia menerusi program Bumiputera Rapid Acceleration & Value Enhancement (BRAVE) menjelang akhir tahun ini.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, beliau yakin usaha tersebut dapat dicapai jika 15 syarikat yang dipilih di bawah fasa pertama program itu dan lima yang diberi bimbingan intensif dilengkapi dengan disiplin dan kesungguhan.

Selain itu, beliau berkata, latihan-latihan strategik seperti pengurusan pelabur, komunikasi korporat, strategi pertumbuhan pasca-IPO, penyediaan prospektus dan proses due diligence mesti dilaksanakan dengan penuh ketelitian.

“Dan insya-Allah, dengan kerjasama strategik bersama rakan industri seperti SIDC, Deloitte, dan MTDC, saya yakin kita akan dapat mencorak satu kejayaan baharu – bukan sahaja untuk syarikat-syarikat ini, tetapi untuk seluruh ekosistem bumiputera,”k atanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan program BRAVE di Bangunan Parlimen, hari ini. Hadir sama, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedict.

Di bawah program tersebut, pihak kerajaan menyediakan pembiayaan alternatif sehingga RM1 juta bagi syarikat bumiputera berprestasi tinggi, pada kadar keuntungan hanya 3.5 peratus.

Selain itu, syarikat terbabit juga diperkenalkan dengan pembangunan kapasiti menyeluruh bagi memastikan mereka bukan hanya bertahan, tetapi melonjak ke satu tahap yang lebih baik.

Ahmad Zahid berkata, dalam tempoh lima tahun akan datang BRAVE mesti menjadi gerakan kebangsaan yang melahirkan sekurang-kurangnya lima hingga 10 syarikat baharu bumiputera tersenarai di Bursa Malaysia.

Namun untuk mencapai sasaran ini, ia tidak hanya bermula dengan modal tetapi dengan minda.

Justeru beliau menggariskan tiga hala tuju BRAVE untuk lima tahun akan datang iaitu kita perlukan generasi usahawan yang berani mengambil risiko, berdaya tahan dalam pasaran terbuka dan bersedia mentransformasi model perniagaan melalui teknologi digital, AI dan automasi.

Katanya, kita juga perlu menwujudkan satu platform untuk menyatukan semua pemegang taruh daripada GLC, agensi pembiayaan, pelabur strategik, inkubator, syarikat tersenarai dan syarikat Fortune 500 di bawah satu platform yang tersusun dan bersifat plug-and-play untuk syarikat Bumiputera.

Dan ketiga, mereka mesti memperkenalkan satu Pemetaan Laluan IPO atau “Blueprint to Bursa” yang mana tidak semua syarikat mesti meneka jalan ke bursa saham.

“Saya tidak mahu BRAVE hanya dikenang sebagai satu lagi inisiatif dalam kalendar birokrasi. Saya mahu ia dikenang sebagai detik perubahan. Sebagai warisan. Sebagai titik mula kepada gelombang kebangkitan usahawan Bumiputera yang bukan sahaja berjaya, tetapi disegani.

“Kita mahu lihat syarikat milik anak tempatan mendominasi papan utama Bursa. Kita mahu melihat syarikat bumiputera menjadi juara eksport dalam sektor strategik.

“Kita mahu mereka membuka laluan kepada peluang pekerjaan bernilai
tinggi, memperkasa komuniti dan menakluk pasaran global,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan