Tuesday, July 21, 2026

Dua lelaki ditahan terkait video ‘sebat’ patung mirip Anwar

Selain itu, peralatan komunikasi yang dipercayai digunakan untuk memuat naik dan menghantar maklumat berkaitan insiden turut dirampas.

Mesti Baca

DUA lelaki tempatan ditahan dalam dua tangkapan berasingan berhubung kes ‘sebat’ patung mirip Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam himpunan aman di Dataran Merdeka, Sabtu lalu.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, tangkapan ke atas lelaki berusia 21 dan 47 tahun ini dilakukan hari ini selepas rakaman video mengenainya tular dalam media sosial.

Mohd Khalid berkata, kedua-dua mereka disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan, Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

“Insiden berlaku semasa himpunan Turun Anwar pada 26 Julai yang lalu. Perbuatan tersebut telah dirakam dan telah dimuat naik dalam media sosial oleh pihak-pihak tertentu.

“Selain itu, peralatan komunikasi yang dipercayai digunakan untuk memuat naik dan menghantar maklumat berkaitan insiden turut dirampas.

“Permohonan reman ke atas kedu-dua individu yang ditangkap akan dibuat (dalam masa terdekat),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menasihati orang ramai agar menjadi pengguna media sosial yang berhemah dan tidak menggunakannya sebagai alat berkecenderungan menghasut sehingga boleh mencetuskan ketidakharmoniab dan menjejaskan ketenteraman awam.

“TindakN tegas tanpa kompromi bakal diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja menggugat ketenteraman serta keselamatan awam,” katanya. — Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan