29.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, July 14, 2024

50 mahasiswa UM jalani penyelidikan kelestarian kampus

Mesti Baca

Editor Edisi 9
Editor Edisi 9
Editor Edisi 9

SERAMAI 50 mahasiswa Universiti Malaya (UM) telah dipilih untuk menjalankan penyelidikan bagi mengenal pasti serta menyelesaikam masalah berkaitan kelestarian di kampus mereka.

Ketua Program, Dr Fung Hon Ngen berkata, program di bawah projek UM Living Labs itu mendapat bantuan daripada Pusat Pembangunan Lestari Universiti Malaya (UMSDC).

Beliau berkata, ini merupakan program julung kali diperkenalkan yang mana pelajar ijazah sarjana muda bersama penyelia masing-masing diberi pendedahan dan peluang untuk memohon geran bagi membantu projek tahun akhir mereka.

“Pelajar diberikan bimbingan dan bantuan khas sepanjang tempoh mereka menjalankan projek tahun akhir ini.

“Beberapa siri pembangunan kapasiti secara intensif juga dijalankan bagi membantu mahasiswa dalam menjalankan serta menghasilkan penyelidikan dengan baik dan berimpak kepada universiti,” katanya dalam kenyataan.

Hon Ngen berkata, program itu juga melatih mahasiswa menjalankan penyelidikan berorientasikan tindakan yang bertanggungjawab.

Katanya, penglibatan secara proaktif mereka secara langsung dan tidak langsung menyumbang kepada inisiatif pencarian solusi secara inovatif kepada cabaran kelestarian dunia sebenar.

Advertisements

Beliau berkata, program tersebut membantu aspirasi UM dalam mencapai kampus neutral karbon menjelang 2030.

Para peserta program memberikan penjelasan berhubung kajian yang dilakukan.

“Program ini bermakna kerana mahasiswa dapat menyumbangkan idea serta bersama-sama membantu isu kelestarian di kampus.

“Malah, mahasiswa diberi pendedahan dan diperkasakan mengenai isu kelestarian yang berlaku di dalam kampus dan secara tidak langsung melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan serta kemahiran kelestarian,” katanya.

Salah seorang peserta, Davina Anne Rajah berkata, program tersebut benar-benar mendorong dia dan rakan-rakan untuk berfikir bagaimana penyelidikan mereka dapat memberi kesan positif kepada kelestarian alam sekitar dan universiti.

“Penyelidikan saya sejajar dengan agenda kelestarian universiti dengan menyepadukan pendidikan iklim ke dalam kurikulum English as a Second Language (ESL).

“Seterusnya meningkatkan kesedaran dan pemahaman mengenai isu kelestarian dalam kalangan pelajar yang pelbagai latar belakang,” kata mahasiswa Jabatan Pendidikan Bahasa dan Literasi, Fakulti Pendidikan itu.

Dia berkata, dengan memupuk pelajar celik iklim, ia menyokong misi universiti untuk mempromosikan budaya kelestarian dan membentuk warga komuniti yang bermaklumat dan proaktif. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Buli siber: Letak tanggungjawab kepada pemilik akaun – Gobind

MENTERI Digital, Gobind Singh Deo, mencadangkan undang-undang baharu dipertimbang bagi meletakkan tanggungjawab kepada pemilik platform media sosial atas penyalahgunaannya,...

Lagi Artikel Berkaitan