26.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 22, 2024

Rasionalisasi industri kereta api akan dilaksanakan segera – Anwar

Mesti Baca

Lukman Ismail
Lukman Ismail
Editor Edisi 9

KERAJAAN akan menyegerakan pelaksanaan rasionalisasi industri kereta api negara berdasarkan objektif Akta Keretapi 1991 (Akat 463), kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, langakh itu sebagai usaha kerajaan untuk memberi fokus kepada meningkatkan jaringan, inftrastruktur dan mutu perkhidmatan pengangkutan awam selari dengan matlamat rasionalisasi subsidi.

Untuk itu, kata Anwar yang juga Menteri Kewangan, Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) telah meneliti kertas cadangan pemerkasaan industri kereta api di negara ini.

“Mesyuarat turut memperincikan langkah-langkah dalam memastikan perkhidmatan KTM Komuter, tren laju antara bandar (ETS) dan Ekspres Timuran oleh KTM Berhad dapat memenuhi keperluan kekerapan dan jumlah penumpang semasa serta jangkaan masa hadapan,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Sebelum itu Anwar yang juga Menteri Kewangan mempengerusikan Mesyuarat MTEN Kali Keempat bagi tahun 2024 di Putrajaya, hari ini.

Advertisements

Hadir sama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Foke.

Mengenai perkembangan susulan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel di Semenanjung Malaysia bermula hari ini, beliau berkata, terdapat peningkatan mendadak terhadap jumlah permohonan bantuan tunai Budi bagi individu dan agri-komoditi menerusi https://budimadani.gov.my.

Beliau berkata, kumpulan pertama bantuan Budi individu yang layak menerima RM200 yang akan didepositkan ke dalam akaun bank mereka mulai hari ini.

“Intiha, saya tekankan kepentingan bagi isu-isu dasar dan pelaksanaan bagi keputusan-keputusan ini diselesaikan segera.

“Sementelahan penting bagi objektif serta kesan ekonomi dan sosial yang dihasratkan Kerajaan dapat dirasai rakyat mengikut jadual dan kesaling hubungan di bawah kerangka Malaysia Madani dan Ekonomi Madani,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK Sungai Bakap: Pilih Cikgu Joohari atau Abang Abidin

PENGUNDI di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap akan membuat pilihan sama ada Cikgu Joohari atau Abang Abidin sebagai...

Lagi Artikel Berkaitan