25.7 C
Kuala Lumpur
Monday, June 17, 2024

Ahli keluarga serang balai Ulu Tiram ditahan di bawah SOSMA

Mesti Baca

Editor Edisi 9
Editor Edisi 9
Editor Edisi 9

LIMA ahli keluarga suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram ditahan semula di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, kelima-lima mereka ditahan semula mengikut undang-undang keselamatan itu memandangkan perintah reman yang berakhir hari ini.

Menurut Razarudin, selain siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, kes itu juga disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Tambahan).

Jelas beliau, hal itu kerana polis menemui paip yang boleh digunakan untuk membuat pistol angin.

“Apabila kita telah memanggil saksi, kejiranan rumah suspek, kita dapati bahawa keluarga ini memang tidak bercampur dengan orang, anak tidak bersekolah.

“Anak yang terakhir tidak bersekolah, suspek yang mati ditembak bersekolah sehingga darjah empat, abang kepada suspek sahaja yang bersekolah sehingga darjah lima, kakak kepadanya bersekolah sehingga darjah enam.

Advertisements

“Fahaman dan ideologi mereka adalah radikal. Itu siasatan kita. Apabila kita dah panggil lebih daripada 47 saksi yang ada, daripada data polis, kita dapati bahawa suspek tiada jaringan dengan JI walaupun bapanya pada asalnya dalam data kita terlibat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Pejabat Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram, Urus Setia Pejabat Ketua Polis Negara hari ini, lapor UtusanTV.

Dalam pada itu, Razarudin berkata, polis akan melihat keperluan dari segi keselamatan melibatkan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) dan pencahayaan susulan kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram.

Jelas beliau, pihaknya sedia maklum berkaitan sudut keanggotaan selain keadaan infrastruktur dan kemudahan yang ada di balai-balai berkenaan.

“Kita akan tingkatkan dari sudut kebajikan dan juga keselamatan, termasuk dari segi logistik melibatkan keanggotaan dan pemasangan beberapa kemudahan seperti CCTV dan lampu limpah.

“Semalam (Khamis) kita telah adakan mesyuarat berkaitan perkara-perkara ini dan insya-ALLAH penekanan yang lebih meliputi aspek-aspek berkaitan akan diberi perhatian,” katanya.

Advertisements

Terkini

Rakyat marah bukan penyelarasan subsidi tapi soal janji

KETUA Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh berkata, kemarahan rakyat kepada kerajaan hari ini bukan kerana melaksanakan penyasaran subsidi...

Lagi Artikel Berkaitan