25.7 C
Kuala Lumpur
Monday, June 17, 2024

NADMA peruntuk RM10 juta hadapi impak Monsun Barat Daya

Mesti Baca

AGENSI Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memperuntukkan sebanyak RM10 juta bagi membolehkan pengurusan dan pengoperasian yang berkesan dalam menangani impak Monsun Barat Daya.

NADMA dalam kenyataan hari ini berkata, peruntukan itu akan disalurkan untuk kegunaan kerajaan negeri dan agensi-agensi tindak balas yang terlibat. 

Jelas kenyataan tersebut, pihak NADMA akan menyelaraskan penyaluran peruntukan berdasarkan permohonan dan keperluan operasi bencana tersebut.

“Agensi-agensi teknikal dan agensi-agensi tindak balas pengurusan bencana telah bersiapsedia untuk menghadapi MBD yang telah bermula pada 17 Mei lalu.

“Seperti yang telah dimaklumkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), MBD dijangka akan membawa cuaca yang lebih kering dan kebanyakan negeri akan mengalami lebih banyak bilangan hari tanpa hujan. 

“Sekiranya cuaca panas ini berpanjangan, akan menyebabkan pelbagai impak negatif meliputi kesan kesihatan, kekurangan bekalan air, kebakaran hutan/belukar, jerebu dan kekurangan hasil pertanian,” jelas NADMA.

Advertisements

Mengulas lanjut, NADMA memaklumkan, jabatan-jabatan berkaitan seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM); Jabatan Alam Sekitar (JAS); Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM); Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) telah melakukan beberapa persediaan sebagai langkah mengurangkan risiko dalam MBD.

Menurut NADMA, JBPM telah bersiap sedia dengan persiapan logistik dan 23,566 anggota untuk digerakkan bagi menghadapi kebakaran terbuka.

NADMA berkata, selain pemantauan kualiti udara dan pelaporan indeks pencemaran udara, pihak JAS turut membuat rondaan darat dan udara menggunakan drone dengan kerjasama RELA dan PM serta mengaktifkan infrastruktur pencegahan kebakaran tanah gambut seperti telaga tiub (108), sekatan saliran (305), peziometer (96), menara tinjau (6) dan kolam takungan (15). 

“JMG menyediakan sumber air alternatif iaitu sumber air bawah tanah sebanyak 640 buah telaga aktif domestik dan 104 buah telaga untuk pencegahan dan pemadaman kebakaran di tanah gambut dan hutan dengan kapasiti keseluruhan 176.13 juta liter sehari (MLD).

“Bagi mengurangkan penyakit berkaitan haba ke tahap yang minimum, KKM melakukan pemantauan penyakit berkaitan haba sejak Minggu Epid 1/2024 (ME1) dan menyampaikan aktiviti komunikasi risiko seawal mungkin,” kata NADMA. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Rakyat marah bukan penyelarasan subsidi tapi soal janji

KETUA Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh berkata, kemarahan rakyat kepada kerajaan hari ini bukan kerana melaksanakan penyasaran subsidi...

Lagi Artikel Berkaitan