24.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 2, 2022

Pesakit COVID-19 perlukan alat bantuan pernafasan meningkat

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JUMLAH pesakit COVID-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan sedikit peningkatan kepada 231 kes berbanding kelmarin, 229 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, bagaimanapun pesakit COVID-19 yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam, merekodkan penurunan sedikit, 380 kes berbanding kelmarin, 389 kes.

“Bagi kluster COVID-19 baharu pula, merekodkan pertambahan empat kluster bersamaan jumlah kelmarin, empat kluster sekali gus menjadikan jumlah kluster terkumpul sejak pandemik melanda negara iaitu 6,873 kluster,”katanya menerusi kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, kata beliau, kluster aktif COVID-19 dilaporkan menurun kepada 405 kluster berbanding kelmarin, 419 kluster manakala jumlah kluster yang telah tamat sebanyak 6,468 kluster.

Noor Hisham berkata, sebanyak 183 kes daripada 32,800 kes positif COVID-19 hari ini, adalah kategori tiga, empat dan lima.

Baca juga:   Bila di Malaysia, sila ikut SOP di sini - Khairy

“Baki kes harian, 32,617 kes adalah terdiri daripada kategori satu dan dua.

“Bagi 183 kes kategori tiga, empat dan lima, 35 kes atau 19.12 peratus tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;80 kes atau 43.72 peratus telah menerima dua dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak dan 68 kes atau 37.16 peratus telah menerima dos penggalak.

“Selain itu, 103 kes atau 56.28 peratus berumur 60 tahun dan ke atas; 73 kes atau 39.89 peratus mempunyai komorbid dan dua kes atau 1.09 peratus adalah ibu mengandung,” katanya.

Baca juga:   KKM, pakar kaji sakit dideritai Kazim Elias

Semalam, Malaysia mencatatkan peningkatan kes positif COVID-19 semalam apabila merekodkan sebanyak 32,800 kes berbanding kelmarin, 30,787 kes sekali gus mengatasi 24,444 kes sembuh.- Edisi 9

Terkini

“3A” pendekatan Pemuda BN tambat pengundi

PEMUDA Barisan Nasional (BN) perlu menggunakan pendekatan "3A" dalam menjamin serta memastikan kemenangan di setiap kawasan yang ditandingi oleh calon...

Lagi Artikel Berkaitan