24.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Peratusan pengundi meningkat 13 peratus setakat 10 pagi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEHADIRAN pengundi yang keluar menunaikan tanggungjawab mereka meningkat 13 peratus setakat pukul 10 pagi ini pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), jumlah itu meningkat sebanyak tujuh peratus berbanding enam peratus pemilih yang selesai mengundi pada pukul 9 pagi tadi.

Seramai 2.53 juta pengundi layak memilih di 1,021 pusat mengundi yang dibuka bermula pukul 8 pagi hingga 6 petang ini di seluruh Johor.

Mereka akan mengundi bagi memilih 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) baharu daripada 239 calon yang bertanding. 

Advertisements

Terdahulu, sebanyak enam peratus daripada 2.53 juta pengundi biasa selesai menunaikan tanggungjawab masing-masing sehingga pukul 9 pagi tadi.

SPR sebelum ini menyasarkan peratusan keluar mengundi sekitar 70 peratus bagi semua kategori pada PRN Johor.

Sebanyak 1,021 pusat mengundi dibuka bermula pukul 8 pagi hingga 6 petang hari ini di seluruh Johor bagi memberi peluang pengundi memilih 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) baharu.

Seramai 239 calon daripada 11 parti termasuk calon Bebas bertanding pada PRN Johor kali ini setelah Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan 22 Januari lalu. 

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan