32.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 1, 2022

32,800 kes positif semalam, 541 kes import

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JUMLAH jangkitan COVID-19 semalam merekodkan 32,800 kes, menjadikan jumlah keseluruhan kes di Malaysia sebanyak 3,774,786 kes.

Berdasarkan data pada laman web COVIDNOW, daripada kes yang dilaporkan semalam, sebanyak 541 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

“Kesemua kes baharu yang dilaporkan semalam direkodkan di Selangor (9,120 kes), Kuala Lumpur (3,349 kes), Pulau Pinang (2,750 kes), Johor (2,566 kes), Kedah (2,508 kes), Pahang (2,006 kes), Negeri Sembilan (1,973 kes), Sarawak (1,745 kes) dan Kelantan (1,580 kes).

“Seterusnya Perak (1,494 kes), Sabah (1,176 kes), Terengganu (1,100 kes), Melaka (838 kes), Perlis (251 kes), Putrajaya (231 kes) dan Labuan (113 kes),” katanya hari ini.

Dalam masa sama, sebanyak 76 kes kematian COVID-19 dilaporkan menjadikan jumlah kematian terkini sebanyak 33,643 kes serta sebanyak 21 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in death (BID) dengan jumlah kes BID sebanyak 6,995 kes.

Baca juga:   SKOD Kemas perkasa 182 kawasan Parlimen luar bandar - Mahdzir

Sebanyak 322,700 kes aktif dilaporkan melibatkan 310,351 kes dikuarantin di rumah, 3,111 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 8,858 kes di hospital, 149 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 231 kes di ICU dengan bantuan pernafasan.

Sementara itu, menerusi data yang sama, sejumlah 1,119,954 atau 31.5 peratus kanak-kanak di negara ini telah menerima dos pertama vaksin COVID-19 di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan untuk Kanak-kanak (PICKids) setakat semalam.

Baca juga:   APEC: Malaysia syor 3 keutamaan capai kestabilan ekonomi

Dalam pada itu, sejumlah 15,238,078 individu atau 64.8 peratus daripada populasi dewasa di negara ini telah menerima dos penggalak COVID-19 dan 22,933,696 atau 97.5 peratus daripada kumpulan itu telah melengkapkan vaksinasi mereka.

Manakala 23,210,290 atau 98.7 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun pula, sejumlah 2,835,698 individu atau 91.1 peratus daripada kumpulan itu telah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 2,935,797 atau 94.3 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Semalam 58,326 dos vaksin telah diberikan, dengan 23,938 sebagai dos pertama, 1,678 sebagai dos kedua dan 32,710 sebagai dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang dikeluarkan di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 68,064,755.

Sementara itu menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, 76 kematian akibat COVID-19 direkodkan semalam, dengan Kedah mencatatkan jumlah kematian tertinggi iaitu 15 kes.

Baca juga:   UMNO, BN ‘tunjuk taring’ bila tiba masanya - Ahmad Zahid

Diikuti Selangor (14), Perak (10), Johor (lapan), manakala Negeri Sembilan dan Sabah masing-masing merekodkan lima kes kematian.

Kuala Lumpur merekodkan empat kes kematian, masing-masing tiga kes di Perlis dan Pulau Pinang, manakala Kelantan, Melaka, Pahang dan Sarawak masing-masing merekodkan dua kes dan Terengganu (satu). – Edisi 9

Terkini

Gred guru besar, penolong kanan ditingkatkan sehingga DG54

GRED guru besar dan guru penolong kanan di sekolah rendah ditingkatkan sehingga ke gred maksimum DG54 yang akan memberi...

Lagi Artikel Berkaitan