25.3 C
Kuala Lumpur
Monday, January 13, 2025

Sindiket pinjaman wang tanpa lesen tumpas

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLIS Selangor menahan 18 individu warga tempatan termasuk 12 wanita disyaki terlibat dalam sindiket pinjaman wang tanpa lesen dalam serbuan di sebuah premis di Kajang dekat sini, Khamis lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Selangor Asisten Komisioner, Azman Ali berkata, bertindak atas maklumat, pihaknya telah menyerbu sebuah premis di Jalan Pasir Emas, Sungai Chua, Kajang pada 10.20 pagi.

“Susulan serbuan itu, polis telah menahan kesemua individu yang berumur lingkungan 18 hingga 52 tahun,”katanya dalam kenyataan di sini.

Advertisements

Azman berkata, berdasarkan siasatan, sindiket tersebut dipercayai telah beroperasi sejak enam bulan lepas.

“Hasil pemeriksaan, pihak kami turut merampas dokumen dan barangan antaranya komputer; fail mengandungi dokumen peminjam; kad ATM pelbagai bank dan wang tunai berjumlah RM21,598,” katanya.

Sehubungan dengan itu, Azman berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 5 (2) Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951 yang membawa hukuman denda tidak kurang RM250,000 dan tidak melebihi RM1 juta atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. – Bernama

Advertisements

Terkini

Anwar adakan lawatan rasmi ke UAE, tiga negara Eropah 

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berangkat ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) bagi menghadiri Abu Dhabi Sustainability Week (ADSW). Perdana...

Lagi Artikel Berkaitan