26.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

PRN Johor: Pentas demokrasi dibuka tepat jam 8 pagi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PILIHAN Raya Negeri (PRN) Johor membuka tirai dengan sejarah tersendiri selepas menyaksikan penyertaan pengundi berusia 18 hingga 20 tahun buat pertama kali dalam sistem demokrasi negara.

Seramai 173,177 pengundi baharu dalam kumpulan tersebut akan terlibat pada hari pengundian.

Proses pengundian PRN Johor bermula 8 pagi ini dengan 1,021 pusat pengundian dibuka membabitkan sebanyak 4,638 saluran bagi membolehkan rakyat negeri itu memilih kerajaan baharu.

Pengundian membabitkan 2,574,835 pengundi biasa daripada keseluruhan 2,597,742 pengundi.
Ia akan dikendalikan seramai 49,290 petugas pilihan raya di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sehingga waktu mengundi tamat pada 6 petang.

Pada 8 Mac, seramai 22,531 orang adalah pengundi awal yang terdiri daripada anggota tentera dan pasangan serta polis telah selesai menunaikan tanggungjawab masing-masing membabitkan 63 pusat pengundian awal dengan 83 saluran.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membenarkan pengundi yang bergejala mengundi di khemah khas yang dipantau oleh pegawai kesihatan.
Pengundi berkenaan akan diuruskan oleh pegawai kesihatan untuk pemeriksaan dan tindakan lanjut.

Manakala pengundi berstatus Patient Under Investigation (PUI) dan Person Under Surveillance (PUS) yang ingin mengundi hendaklah memohon kebenaran dari Pegawai Kesihatan Daerah (PKD), Pejabat Kesihatan Daerah yang mengawasi Arahan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian berkenaan, untuk keluar sementara ke Pusat Mengundi.

Seramai 239 calon disahkan akan bertanding untuk 56 kerusi DUN.-Bernama

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan