24.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Tawaran lumayan, jerat rakyat Malaysia jadi keldai dadah

Mesti Baca

DEMI tawaran upah antara RM5,000 sehingga RM10,000 yang dilihat lumayan antara faktor mempengaruhi serta memperdaya rakyat di negara ini menjadi keldai dadah menerusi media sosial dengan menjalankan kegiatan penyeludupan ke luar negara.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Kamarudin Md Din berkata, pembabitan rakyat Malaysia yang menjadi keldai dadah di tahap membimbangkan, apatah lagi dengan kes tangkapan yang kian meningkat.

Katanya, seramai 28 rakyat Malaysia ditangkap di pintu masuk pelbagai negara destinasi akibat terperdaya dan menjadi mangsa pengedaran dadah di peringkat antarabangsa bagi tempoh Januari hingga November tahun ini dan meningkat berbanding tahun 2022 iaitu 17 orang.

Bagaimanapun, jumlah itu sedikit berkurangan jika dibandingkan jumlah yang ditahan pada 2021 iaitu seramai 32 orang rakyat Malaysia yang ditangkap di luar negara atas kesalahan menyeludup dadah.

“Situasi ini amat membimbangkan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyeru seluruh rakyat Malaysia agar lebih berhati-hati serta berwaspada daripada menjadi keldai dadah.

Advertisements


“Diharap tidak mudah terpedaya dengan sindiket dadah yang semakin licik dengan menawarkan pelbagai habuan yang tinggi untuk dijadikan mangsa menyeludup masuk dadah ke luar negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi JSJN di talian hotline 012-2087222 dengan segera.

Selain itu, sekiranya mempunyai sebarang kemusykilan atau keraguan berkenaan tawaran percutian percuma, kerja di luar negara atau tawaran gaji yang lumayan, orang ramai juga boleh menghubungi talian hotline JSJN. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan