26.1 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Tun Daim nafi dakwaan enggan dedah butiran kewangan

Mesti Baca

BEKAS Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin menafikan dakwaan beliau enggan mendedahkan butiran kewangan miliknya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Daim berkata, semua yang diminta secara bertulis oleh SPRM sudah didedahkan dan mengikut undang-undang.

Menurutnya, sebagai bekas anggota kanan kerajaan dan menghormati proses siasatan, beliau berdiam diri sehingga kini.

“Saya telah memberikan kerjasama sepenuhnya sejak awal dan kerap berkomunikasi dengan SPRM melalui peguam,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, beliau turut mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan SPRM tidak menunjukkan rasa hormat yang sama terhadap proses itu dengan berterusan mengeluarkan komen dan kenyataan tidak wajar.

“Tindakan ini menyebabkan saya tiada pilihan selain bertindak balas demi menjaga reputasi dan nama baik saya,” katanya.

Advertisements

Sebelum ini, media mendedahkan SPRM menyita bangunan Menara Ilham milik Daim bagi menyekat apa-apa tindakan menjual, memindah hak milik atau melupuskan bangunan terbabit secara keseluruhan atau mana-mana bahagian bangunan.

Sitaan dilakukan selepas satu siasatan telah dibuka berkaitan dengan pengambilalihan saham membabitkan dua syarikat tersenarai berjumlah RM2.34 bilion.

Nilai berkenaan membabitkan pengambilalihan saham Renong Berhad sebanyak 32.6 peratus ekuiti oleh UEM Group.

Daim berkata, Anwar dan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mesti menghormati kedaulatan undang-undang dan proses serta bertindak sewajarnya.

Katanya, beliau bimbang tentang keadilan dan integriti institusi yang mesti dilindungi semua kepentingan negara.

“Ia adalah demi kepentingan awam tertinggi bahawa proses penyiasatan dan pendakwaan tidak dicemari dan ‘ditumbangkan’ oleh berat sebelah, ketidakadilan atau motif politik,” katanya. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Agamawan perlu hormati bidang kepakaran dan autoriti hukum

Oleh PROF MADYA DR MOHD ANUAR RAMLI MUTAKHIR ini timbul pelbagai isu berkaitan persoalan hukum dan melibatkan para agamawan. Para agamawan...

Lagi Artikel Berkaitan